assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Friday, December 23, 2011

Dia mai dah!!!

Tanggal 23/12/2011...Pejam celik, pejam celik..Alamak, sudah tiba masanya...study week, setelah 14 minggu belajar..


0h, tidak!!!..tinggal seminggu lagi masa untuk mengulang kaji apa yang telah belajar pada semester ini..Tahun 3, semester pertama.
Perangai tidak elok, tapi buat juga

"Mula-mula masuk semester buat slumber ja.. Pagi-pagi siap pergi kelas. Usung buku tak cukup tangan tambah pakai beg. Masuk kelas angguk-angguk kata faham. Dapat assignment esok nak submit malam tu ketaq-ketaq baru buat (^_^) Bila class cancel " Alhamdulilah" ! Bila class cam besa " Haishh !" Balik kolej petang tidoq sat. Malam layan MUKA BUKU sampai lewat malam separuh pagi....U.U" Exam makin dekat tapi buat cam lewat. Tak terasa. Tak terasa. Bila sampai minggu study week, baca buku sampai tak ingat dunia"

Di sinilah duniaku sekarang, tempat menuntut ilmu di bumi UKM


Yang penting sekali...
Perkara yang selalu amalkan dari sekolah rendah sampailah universiti
DUIT


1. Doa

2. Usaha


3. Ikhtiar


 4. Tawakal



"Semua ni adalah subjek yang ambil sem nie"

Teknologi Maklumat Dakwah
Adab Ikhtilaf
Metodologi Dakwah Kepada Muslim
Psikologi Masyarakat Islam
Kaunseling Islam
Workplace Communication
Latihan Ilmiah

NOT ENOUGH TIMES FOR STUDY THAT SUBJECT

Tapi usaha adalah tangga kejayaan..Mana boleh umat Islam cepat mengalah..kata nak jadi Muslim sejati...apa la belum pergi berperang dah mengaku kalah..

Belajar ni kan dikira berjihad...Belum lagi pergi berjihad perang..
Focus2!!
Ini kes paling berat..

Ini mesti terlebih study ataupun tak study..

Pesanan kepada semua semoga jaga diri dan jaga kesihatan baik-baik..kalau sudah sakit, kita tidak akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya...

Belajar biar santai, Result biar gempak.

P/s terakhir : Bittaufiq Wannajah Fi Hazal Imtihan..
All the best!!


Sahabat, sahabat sekalian..hahaha relax la dulu, sekarang 23/12/11 examkan tahun depan(^_^)
exam bermula 3/1/12 until 16/1/12
hahaha, aplikasikan reverse psychology


p/s : Sekarang PNGS 4.00..lepas exam lecture akan tolak sedikit

Tuesday, December 20, 2011

Eh,eh zaman moden lagi banyak hantu??

Kuliah Teknologi Maklumat dakwah, dalam Typology menyatakan internet menggabungkan berjuta komputer di seluruh dunia dalam satu jaringan.

Penyampaian dakwah menggunakan media massa ataupun internet dipanggil sebagai tekno daie. Dewasa ini, peranan tekno daie ini amat penting untuk menyebarkan agama islam. Hal  ini kerana masyarakat hari ini kebanyakanya mudah terpengaruh dengan media massa dan internet. Oleh itu, para pendakwah haruslah menggunakan medium ini untuk menyebarkan dakwah dengan lebih berkesan. Hari ini, apabila menyebut pendakwah, semua orang menganggap pendakwah adalah orang yang menyampai ceramah di masjid-masjid. Dengan adanya tekno dai'e ini dapat membuka pemikiran masyarakat bahawa medium dakwah bukan hanya ceramah di masjid tetapi di internet, media massa. Dakwah ini boleh dilakukan diman-mana sahaja dan sesiapa sahaja boleh lakukan selagi ia digelar sebagai muslim.

Jom kita lihat betapa bahayanya jika pendakwah terus dimomokkan dengan peranan yang tіdаk kena pada tempatnya dalam filem dаn drama. Kita menyedari ada kesan negatif jika golongan ustaz dаn pendakwah hanya diletakkan sebagai penghalau hantu atau jin dalam drama dаn filem.

Kita juga harus berfikir ke depan apakah  peranan yang boleh dimainkan pendakwah dalam misi mengislahkan masyarakat melalui media dakwah.
Media yang berkesan untuk dakwah harus terkini, disukai ramai dаn mudah diakses. Contohnya bаdаn dakwah kerajaan seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menubuhkan radio ikim.fm,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula menubuhkan radio Salam dаn stesen televisyen al-Hijrah υntυk dijadikan media dakwah. Di pihak swasta, stesen televisyen berbayar seperti Astro Oasis.

Jelas, drama dаn filem boleh menjadi media dakwah sangat berkesan kеrаnа mudah diperoleh, menggunakan semua deria pelbagai menyebabkan apa yang dilihat dаn didengar lebih mudah meresap kе dalam minda.

Industri filem dakwah dі Indonesia mendahului kita seperti filem Kiamat Sudah Dekat yang mengisahkan pertembungan budaya dua golongan, barat dаn timur.

Industri filem di Malaysia banyak mencerita tentang hantu contohnya iaitu Niyang Rapit,  yang ditayangkan di dalam TV3. Di sini timbul persoalan, kenapa kebanyakan cerita melayu mengandungi unsur pemujaan, bomoh, lebih tepat cerita hantu. Saya pernah menanyakan hal ini kepada ustazah semasa tingkatan enam. Apa hukum orang yang berlakon dalam cerita hantu dengan  memuja syaitan. Jawapannya ialah walau berlakon sekalipun hukumnya tetap syirik kepada Allah, dengan niat ataupun tidak niat melakukan sedemikian.

Kesan daripada cerita hantu ini membawa pengaruh dalam masyarakat terutama kanak-kanak. Pemikiran generasi muda makin disempitkan dengan kisah hantu dan seram sehingga bilik kosong semua dilihat berhantu. Kejayaan luar biasa filem berasaskan hantu menjadikan penerbit di negara saling merebut peluang mengeluarkan filem seram walaupun jalan ceritanya karut marut dan bohong belaka.
Maka tidak hairanlah, filem hantu seperti Khurafat, Jangan Pandang Belakang Congkak, Karak, Hantu Kak Limah Balik Kampung dan yang terkini Hantu Bonceng mengisi keluaran filem negara. Malah ada pengarah sanggup mengorek kisah dongeng lama atau mereka cipta jenis hantu lalu memberi nama baru seperti kuntilanak, pocong, sundel bolong, hantu penanggal, hantu susu, hantu gigi dan sebagainya

Dalam cerita khurafat

Kekuatan kepercayaan kepada hantu tahyul ini sebenarnya mengancam akhidah umat Islam. Budak-budak menahan kencing kerana takut ke tandas kerana pecaya adanya hantu. Begitu juga masyarakat yang ditutup pemikirannya dengan kisah hantu meskipun kehadiran makhluk ini bukan bersifat nyata dan benar. Kekuatan media sudah pasti mempengaruhi corak kehidupan generasi muda.

Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud: “Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya  pintu taubat selama 40 malam.” (Hadis riwayat Tabarani)
Pendakwah hendaklah berdamping dengan golongan karyawan dеngаn berdialog dаn memberi pandangan mengenai prinsip kesenian menurut Islam kepada mereka. Usaha іnі penting supaya mereka menjadikan dunia seni sebagai misi dakwah, bukan hanya mencari keuntungan semata-mata.

Pendakwah harus mengambil tanggungjawab berdakwah dі media sebelum peranan itu diambil oleh individu yang kurang jelas kefahamannya terhadap agama. Dakwah harus menggunakan pelbagai medium untuk mendekati masyarakat.


Run Away??

Pada hari ini, kita dapat lihat pelbagai polimik yang berlaku dalam masyarakat kita. masalah ini menyebabkan berlakunya permusuhan antara manusia khususnya dalam ahli keluarga itu sendiri. Di sini timbulah persoalan di benak fikiran bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.


Dalam isu ini, penulis berkesempatan melihat kes kahwin di luar negara, kahwin tanpa izin ataupun kahwin lari yang dikendalikan oleh Pejabat Agama Daerah Padang Terap, Kedah semasa membuat Latihan Amali Industri di Pejabat tersebut.
Antaranya, masalah ini berlaku disebabkan keengganan wali mengahwinkan anak dara dengan bakal suaminya atau bakal suami tidak mendapat restu keluarga. Oleh yang demikian, jalan penyelesaian yang singkat untuk mengatasi masalah perwalian dan peruntukan undang-undang keluarga yang sedia ada, perkahwinan tersebut dijalankan diluar negara. Antara destinasi utama yang menjadi pilihan kepada pasangan kahwin lari iaitu di negara Thailand. 
Dalam undang-undang keluarga Islam di setiap negeri tidak terdapat peruntukan yang khusus istilah kahwin tanpa izin atau lebih dikenali dengan kahwin lari.Meskipun tidak ada dalam peruntukan akta secara khusus, tetapi sesiapa yang didapati sabit oleh Mahkamah atas kesalahan kahwin lari akan dikenakan hukuman. Undang-undang kekeluargaan Islam tidak mengiktiraf pasangan yang berkahwin lari disebabkan perbuatan tersebut melanggar keabsahan undang-undang kekeluargaan Islam. Contohnya, perkahwinan tersebut dijalankan oleh wali hakim tanpa kebenaran pendaftar nikah yang dilantik oleh negeri masing-masing dan tidak mengikut prosedur yang digariskan oleh undang-undang.


Faktor-faktor kahwin lari:
1. Poligami : tambah tanpa pengetahuan isteri pertama 
2. Cinta tidak dapat restu dari ibu bapa
3. Terlanjur : untuk menutup malu sebab sang isteri sudah hamil ataupun paksaan keluarga masing-masing untuk bertangjungjawab 
4. Cepat dan mudah : tak payah pergi Kursus Pra Perkahwinan


bersambung..

Monday, December 12, 2011

Ya Allah HambaMu Ingin Berubah

Ya Allah,
Terima kasih 
Beri kepadaku kesempatan
Menjejak kaki ke menara gading

Dulu masa sekolah rendah 
Akulah budak nakal
Boleh digelarkan pelajar tiada harapan
Kerana duduk kelas tercorot

Semuanya bermula
Selepas empat tahun dibuli
Darjah empat aku bangkit untuk membela diriku
Yang sering dibuli
Orang yang buliku
Semuanya dibuli balik.hahaha
Mungkin kerana tubuhku kecil
Tapi ingat!!!
Kecil-kecil cili padi

Di sinilah ku timba pengalaman
Darjah empat
Semasa balik dari  kelas KAFA
Ku nyaris diculik oleh seorang lelaki
Akhirnya aku terlepas daripada bahaya
Setelah diselamatkan oleh pak guard sekolah

13 tahun hidup
 Ku nekad ke sekolah agama
Walaupun duduk kelas akhir
Ku nekad untuk berusaha
Ku berjaya mengharungi

Akhirnya tingkatan dua
Ku berjaya menakluki kelas yang pertama
2 Bukhari 

Semua 25 subjek
Hafal punyalah hafal
Macam nak pecah kepala dibuatnya
Lepas exam
Apa yang ku hafal
Entah hilang ke mana

Mak abah
Kak masih ingat
Tujuan mak abah
hantar ke sekolah agama
Dengan harapan
Kami lebih baik daripada mak dan abah
Hidup berlandaskan agama

Setelah mengharungi semua ini
Akhirnya ku berjaya memilikinya
UPSR
PMR
SMRA
SPM
STA
STAM
Dan Insya'llah bakal mendapat
Ijazah sarjana muda
Walaupun exam ada D,E
Akulah budak baru belajar

Sekarang berada di UKM
Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan
Walaupun orang ketawa
Budak senakalku dapat Jabatan Dakwah
Ketawa, ketawa juga
Itulah hakikat
Walaupun ku tak sepandai orang lain
Hanya insan yang Low Profil


Mak abah
Alhamdulilah, kak berjaya
Membawa mak dan abah
Naik pentas sekolah
Ketika mengambil result
SMRA,STA dan STAM


Terima kasih
Mak dan abah sanggup berkorban
Demi kami
Sanggup jual tanah, berhutang
Demi memberi pendidikan yang sempurna
Kalau dalam fikiran kak
Jika Allah hidupkan kak 1000 tahun
Kak tak mampu membalas jasa mak dan abah

Mak abah
Maafkan kak kerana
Selalu menyusahkan mak dan abah
Dari kecil hingga besar
Asyik tak sihat ja

Nak buat macam mana
Ini takdir Tuhan
Allah tidak akan uji kak
Kalau kak tak mampu hadapinya
Inilah pegangan kak
Supaya dapat menerima
Hakikat diri ini

Mak abah doakan kak
Supaya kak selamat
 17/1/12
Inilah sejarah dalam hidup
Sejarah dan pengalaman baru
Untuk meniti sisa baki dalam kehidupan ini

Sekarang diperantauan
Terpaksa hadapi seorang
Tiada siapa di sisi
Melainkan Allah tetap dihati
DariNya tempatku meminta

Mak abah
Kini kak sudah besar
21 tahun telah kukecapi
Mungkin kak terlalu muda
Untuk memahami semua ini
Tapi jangan risau
Kak budak yang tabah dan sabar

Mak abah
Kak minta maaf
Mungkin pemintaan kak mak abah penuhi
Walaupun ia sukar
Walaupun terpaksa bekerja lebih masa
Untuk anak yang kurang mengenang jasa

Mak abah
Kak minta maaf
Kenakalan kami adik beradik
Menyebabkan abah masuk hospital
Tapi itulah kenangan pahit dan manis kami
Disebabkan terlalu gigih tak kena tempat
Jolok sarang lebah
Akhirnya membawa padah
Kononnya nak jadi hero dan heroin
Last sekali menyeksa diri

Mak abah
Doakan supaya
Kak dapat memenuhi impian mak abah
Pergi haji
Menjadi anak yang solehah

Mak abah seandainya
Kak coretkan segalanya disini
Impian mak abah
Pengalaman kak
Tak muat la jawabnya

Mak Abah
Ampunkan segala salah silap kak
Kak pun nak baiki salah silap kak

Ya Allah
Lanjutkanlah usia mak dan abah
Aku masih terlalu jauh dari mereka
 Aku masih gagal menjadi anak impian mereka
Aku masih belum mampu membahagiakan mereka
Dan aku masih belum sempat menjadi kebanggaan mereka

Ya Allah
Berikan peluang untuk aku bersama mereka
Berikan peluang
Untuk aku mengucapkan
 I LOVE YOU (*_*)
 Pada mereka dengan ucapan yang tulus
Penuh keinsafan.

Ya Allah,
Berikanlah peluang
Untuk mengucup dahi mereka
Berikan peluang kepada aku
Untuk membalas segala jasa
Pahit jenuh mereka dulu

Ya Allah
Murahkanlah rezeki ku
Untuk ku menyediakan segala kesenangan
Kemewahan kepada mereka

Ya Allah
Murahkan lah rezeki ku
Agar aku sentiasa ada lebih masa untuk bersama mereka
Berdiri dari kiri: Abg Din, Kak Fariza, Abg Arif, Abah(Wan Osman), Kak Khairunisa, Abg Firdaus, Mak(Noor Jis), Munirah, Kak Hanisah
Duduk dari kiri: Adik Hizami, Adik Asma, Adik Fakhri, Kak Mahfuzah