assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, June 24, 2012

Metamorfosa Persahabatan

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu...bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwah mu..Hati-hati ini telah berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratlah " Ya Allah akan ikatannya ..kekalkan kemesraan antara hati-hati ini..tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya..Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbanimu...yang tidak kunjung malap..Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dan keindahan tawakalMu..Hidup suburkan hati-hati dengan Ma'rifat tentangmu...maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam agama Mu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.....

Jam angry bird sudah menunjuk hampir 12.30 pagi. Bulan mengambang berserta titisan embuh pagi ini seiring dengan sayunya hati yang tidak boleh diubati. Entahlah mengapa hari ini sukar untuk menerima takdir akan perpisahan, terlalu sedih dan hiba apabila mengenangkan perpisahan kita ini. Seorang demi seorang berangkat pulang ke kampung. Tinggal beberapa hari lagi akanku menyusul kamu semua. Bertemu dan berpisah sudah menjadi suratan manusia. Tapi diri ini masih sukar untuk menerima hakikat yang pasti.

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat, teman, kawan, rakan di Pengajian dakwah dan Kepimpinan, FPI, Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah, UKM sesi 2009/2010 dan sesiapa yang mengenali diriku ini sepanjang di bumi UKM. Kadang-kadang terasa diri ini tak percaya apabila mendapat tawaran di UKM kerana akulah juara di sekolah, juara pen dakwat merah dalam buku rekod pretasi. Tapi perancangan Allah siapa yang tahu bukan? Tetapi sudah tiga tahun sudah berlalu. Kini tiba masanya kita membawa haluan masing-masing. Titik pertemuan dan  dan perpisahan semuanya kerana Rabbul Izzati. Demi Allah, aku menyayangi kamu semua. Sahabat dalam pengenalan kita ini membawa beribu-ribu, berjuta-juta, berbilion-bilion makna buatku.

Tika jari jemariku ini menari-nari di atas keyboard, mindaku memikirkan akan perpisahan kita. Berderailah butir-butir mutiara yang sebelum ini sukar untuk gugur di pipi tetapi ia gugur jua. Namun, perpisahan kita membuatku jadi begini.

Ukhuwah adalah suatu nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3:103)

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhwah sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.(al-Hujrat:10)

Untuk itu ku tujukan lagu ini buat sahabat :
Macam DJ pulak..hihihi


Jika ku coretkan kenangan kita bersama semua disini, semalaman tidak akan habis dan selaut dakwat pena akan habis. Kenangan demi kenangan yang terbina antara kita yang mengeratkan ukhuwah antara kita. Ukhuwah ini terbina dan diadaptasi lagi dengan program. Dulu diri ini pernah rebah kerana kepahitan perpisahan kini kutabah untuk menyemai kembali bibit ukhwah, namun perpisahan tetapi terjadi. Tapi tak mengapa, perpisahan adalah lumrah dalam kehidupan.

Sebelumku akhiri coretan ini, maafku pinta buat sahabatku, jika di antara kalian terguris hati dengan kekhilafan ku. Mustahil sekiranya dalam persahabatan kita tiada kekhilafan sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi kita. Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana Allah Taala Rabbul Izzati Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan – seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran " *Kahlil Gibran*

Salam sayang buat sahabatku.

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan :
Ari Kurniawan Bin Abd. Gafar, Mohd Fadhlan Bin Sugiman, Isnur Bin Wahid, Mohd Ridhwan Bin Mohammed, Mohamad Khairie Bin Jaafar, Sauffpah Bin Sarun, Mohd Akmal Bin Hashim, Nik Muhammad Fareez Bin Nik Man, Nor Halim Bin Hussain, Mohd Amir Bin Ismail, Mohd Hisyamuddin Bin Mat Salleh, Muhammad Faiz Bin Basir, Mohamad Anasrul Bin Mohd Izazi, Muhammad Farhan Bin Mustaffa, Abd. Rahim Bin Ishak, Muhammad Syukri Bin Sherkawi, Muhammad Najdi Bin Abdul Majid, Haszri Bin Jamaludin

Nur Hayati Binte Yusoff, Zawanie Binti Ikoh, Azuniza Binti Azhar, Nurul Jannah Binti Suleiman, Nur`Azizah Binti Mohamed Najib, Nurul Aini Binti Zakaria, Noorul Afiqah Binti Mohd Arifin, Nursyazana Amirah Binti Lokman Hakim, Salmiah Binti Baharudin, Nur Hazriani Binti Razali, Nasuha Binti Alli, Helwa Ezzah Binti Ahmad Wayzil, Noor Hajar Binti Tahorin, Fameza Binti Ibrahim, Siti Faridah Binti Fauzi, Nor Azizah Binti Ahmad Zawawi, Siti  Nursyamila Binti Zakaria, Nurul Izatul Akhmar Binti  Razali, Suhaizam Binti Abdullah, Nurizzati Binti Mohd Alip, Noor Hazwani Binti Mohd Azmi, Husna Binti Mat Junoh, Siti Aisyah Binti Ariffin, Haslina Binti Salam, Siti Nurrahima Bte Musa,Nor Asiyah Binti Md Salleh,Nora`Tikah Binti Salleh, Kasmah Binti Mohamad, Siti Fadhilah Binti Zakaria, Norhayati Binti Samsol, Munawwarah Binti Mamat, Saidatun Nisak Binti Lachachok@Aris, Siti Fatimah Binti Wan Muhammad, Siti Karamah Binti Yusuf, Nurazmanira Binti Mohd Yusoff, Wan Munirah Binti Wan Osman, Siti Farikha Bin Muhamad Jaafar, Sharifah Nordalilah Binti Syed Saleh, Nor Asyikin Binti Mohamad Addenan,Dayang Nurazimah Binti Abang Adenan, Siti Nurjannah Binti Jaapar, Siti Zubaidah Binti Suhaimi, Nor Syamimi Binti Mohd Rosdi, Atiqah Binti Arshad, Nurulain Binti Mohd Dali, Noor Liyana Binti Wahab, Yusmasayu Binti Abdullah, Salwani Binti Abdullah


Persatuan Mahasiswa Kebajkan Kedah:
Muhammad Mustafa ‘Adil b. Zainol Azhar, Abdul Mohsin Jalaluddin b. Mohd Radi, Muhammad Ahnaf b. Noordin, Muhammad Zulhelmi b. Md Noor, Mohamad Shafiq b. Shaini, Mohammad Yusof  b. Daud, Muhammad Syazwi b. Yusof, Yasin b. Md Rafangi  Md Rafee, Mohd Tamimi b. Razali,Mohd Afiq Ahmad, Mohamad Syahmi Mohamad Syukri, Mohd Ridhwan b. Ghazali, Muhammad Naufal b. Ismail, Rozaini bt. Ahmad, Muhammad Zakwan b. Halim, Mohd Khairul b. Rosli.

Siti Shasita bt. Sahak, Nora’tikah bt. Salleh, Nadzirah bt. Abd Manab, Noor Hazirah bt. Khalib, Nurul Syamimi bt. Ahmad, Siti Aishah bt. Mohd Rodzi, Syaza Mohd Sabri, Nurul Shuhada Ismail, Nor Syawalni Othman, Siti Fatimah bt. Mat Noor, Nasibah bt. Ismail, Salmiah bt. Baharuddin, Nurul Fadzliana bt Abu Hassan, Nur Farhana bt. Abd Manas,  Nur, Syamira bt. Abdul Wahab, Nur Hidayah bt. Wahab, Nurul Syamimi bt. Ahmad,Wan Munirah bt. Wan Osman, Norma bt Sanid, Nur Syazwani bt. Shamsudin, Roziati Marliana bt. Mazlan.


Terima kasih kerana sudi untuk menjadi sahabat, teman dan rakanku selamat tiga tahun. semoga ukhuwan kita berkekalan sehingga ke syurga.

Saturday, June 23, 2012

Pergi Tidak Akan Kembali Almarhum Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor



Ingatan Kepangkuan Almarhum Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor:

(23 Jun 2002 Jam 10.30 Pagi, Ahad Di Hukm Kl).

Sudah 10 Tahun Meninggal Kita 23 Jun 2009
Selasa Bersamaan 29 Jamadil Akhir 1430.

Tanggal 23 Jun 2002 jam 10.30 pagi, Ahad, negara kita turut sedih diatas - pemergian kepangkuan Illahi dengan menghembusnya nafas terakhir Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia selepas 13 hari menjalani pembedahan, nazak dan kritikal ketika umurnya 65 tahun. “Dari Allah kita datang, kepada Allah kita Pulang”. Almarhum yang mendapat rawatan di ICU HUKM Cheras. Setelah menjalani pembedahan pintasan koronari pada 10 Jun 2002 diikuti komplikasi angin ahmar.

Almarhum dilahirkan di Kampung seberang Pumpong Alor Star pada 13 Mac 1937. Almarhum meninggalkan saorang isteri yakni sepupunya iaitu Datin Siti Khadijah Binti Ibrahim dan lapan anak putra dan putri ,iaitu Ahmad Fauwaz, Ahmad Anas, Muhammad Faiz, Aiman, Ammar, Huda, Muna ‘Izzah dan Salwa. Jenazah Almarhom Ustaz jam 11.30 dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, ketika ini ribuan rakyat telah memenuhi HUKM. Sejam kemudian 12.30 tengah hari jenazah almarhom Ustaz ke surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras. Tidak lama kemudian jenazah Ustaz diziarahi oleh kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Al Haj.

Solat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya, Subhanallah. Saya masih ingat diantara yang mengimamkan awalnya jenazah Almarhum Ustaz ialah Datuk Ustaz Hashim Yahya (ketika itu Mufti WP, lanie Pensyarah di UIA) dan putra beliau Fawwas dan diikuti oleh beberapa pemimpin yang lain. Jenazahnya turut diziarahi oleh pemimpin politik semua parti dan para menteri dan kenamaan. 


Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.










Thursday, June 21, 2012

Komunikasi Tidak Berkesan



Menurut Satir dalam Fenell, David L. & Weinhold, Barry K. (1989) terdapat empat jenis komunikasi tidak berkesan yang perlu dihindari oleh setiap individu dalam keluarga iaitu:
(Dr. Zainab Ismail, Pendekatan Komunikaasi dalam Kaunseling Keluarga)

1. Placater
Placater ialah suatu bentuk komunikasi yang menjadikan seseorang yang cuba untuk menjaga perasaan orang lain daripada merasa sedih atau kecewa menjadi seorang yang tidak berfungsi. Komunikasi placater ini berlaku apabila seseorang itu bercakap, dia bercakap seorang. Orang yang bersamanya iaitu placater hanya mendengar dan mengikut sahaja apa yang disampaikannya, tanpa memberi pendapat yang berbeza, atau menambah idea. Komunikasi placater ini berlaku mungkin disebabkan oleh orang yang menerima komunikasi tersebut tidak mempunyai maklumat atau idea untuk dikongsi bersama.

Sebagai contoh placater berkata “whatever you want is fine with me”. Realitinya dari segi perasaan, seorang placate merasa tidak berguna dan tidak berdaya untuk berubah. Dalam keluarga, lama kelamaan komunikasi placater ini akan menimbulkan suasana yang membosankan dan problematic pada orang yang cuba untuk menjaga perasaan orang lain daripada merasa sedih atau kecewa.

2. Blamer
Blamer ialah suatu bentuk komunikasi yang menjadikan seorang individu yang menuduh merasa kuat dan seorang individu yang dituduh percaya yang dirinya bersalah.

Komunikasi blamer berlaku apabila salah seorang dalam komunikasi tersebut suka mengungkit, menghina, menuduh, atau menyalahkan orang lain. Sebagai contoh seorang blamer berkata “you can’t do anything right” dan sentiasa mencari kesalahan orang lain. Realitinya dari segi perasaan, seorang blamer merasa gagal dan keseorangan. Dalam keluarga, lama kelamaan komunikasi blamer ini akan menimbulkan perasaan rendah diri, benci, bosan dan problematik pada orang yang dituduh.

3. Computer
Computer ialah suatu bentuk komunikasi yang mengutamakan logik dan menolak perasaan dalam apa-apa situasi. Komunikasi computer ini menjadikan penampilan seseorang itu kelihatan tenang, terkawal dan boleh menerima dengan apa yang berlaku pada dirinya dan ahli keluarga. Dalam situasi yang sebenar, dia bukan seorang super-natural, super-reasonable atau superintelligent, tetapi seorang computer menggunakan gayanya untuk menutup kesedihan yang dia rasai dalam kehidupannya. Dalam keluarga, lama kelamaan komunikasi computer ini akan menimbulkan perasaan ego, tertekan, rasa bersalah dan problematik.

4. Distracter
Distracter ialah suatu bentuk komunikasi yang cuba untuk menghilangkan fokus daripada isu yang penting kepada sesuatu yang tidak berkaitan. Komunikasi distracter ini berlaku apabila seseorang itu cuba mengelak daripada menjadi tumpuan kepada sesuatu isu atau masalah, tidak mahu member perhatian kepada orang lain dan tidak mempedulikan orang lain. Individu distracter kelihatan seperti orang yang tidak mempunyai pendirian tetap, tetapi dalam situasi yang sebenar, individu distracter ini merasa mereka tidak dihargai dan disayangi. Dalam konteks keluarga, lama kelamaan komunikasi distracter ini akan menjadikan seseorang itu ego, individualistik, pentingkan diri sendiri dan problematik dalam keluarga.
Komunikasi yang Berkesan

Atau
Komunikasi yang Tidak Berkesan


Monday, June 11, 2012

Salam Imtihan, buat sahabat-sahabatku di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Buatlah yang terbaik dalam semester terakhir sebelum bersara secara rasmi pada 20/10/2012.


Dan Selamat bertesis

Saturday, March 31, 2012

Surat Adik dan Abang


Mengisahkan kisah seorang adik yang selalu tulis surat kat abang dia.. Dan dia tak tau pun abg dia balas surat tu…. Saya share dari blog... Hayatilah sahabatku
Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat dia yang kat kampung.. Satu pun tak berbalas..

2 Tahun lepas..
Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi tak jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku.. Aku tak tenang..

Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah… Suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi tak..
Mak ngan ayah meninggal masa aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek birthday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kita, sampai mak terpaksa pergi beli ngan ayah..Tapi aku hairan masa tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan. Tiba-tiba banyak air keluar.. Tapi ko cepat-cepat lap lantai umah kite..Tapi aku tak ambil kisah pun pasal hal tu..

Sebelum pergi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap “ Abang, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalau mak dah tak ada, ko jangan tinggal dia. Ingat sikit mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar dia sorang-sorang “

Ko ingat tak..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko suka warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kita, Sebab aku suka warna pink. Lepas kejadian tu.. ko tak pernah ucap birthday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat tak..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko tak sekolah lagi.. Ko pergi mana pun aku tak tau..Tapi malam malam baru ko balik dan tak pernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko tak makan pun.. Last-last pagi esok aku nampak ayam-ayam yang makan. Ko tak pernah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat tak..
Pernah sekali aku mintak duit nak pergi sekolah. Tapi time tu ko tengah tido.. Aku ambil Dua riggit dalam poket jeans ko. .Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko tak pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya, nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko tak datang ambil aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko tak cakap apa-apa? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,
Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.



Aku mula terasa yang teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat.. Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai-anai.. Tiba ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak-kotak kecik serta sampul-sampul surat.. Dan tiba-tiba aku terpandang satu surat yang cantik sangat. Dan aku buka…


Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yang telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yang jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupun kau dah campakkan pengikat rambaut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni-guni untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu,.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yang memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu.. Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yang kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,
Siapa cakap yang aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,
Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yang kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yang akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan.. Selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu.. Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mhau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yang berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu.. Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita.. Bacalah semua surat-surat dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada. .Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
Untuk mengelap setiap barang yang aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
Untuk membasuh pakaianku yang busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dari kerja, TERIMA KASIH.
Untuk memasak lauk kegemaranku yang kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
Untuk mengingatiku dan menulis surat yang tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..
Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”


Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yang mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yang sangat indah.. Ya Allah… Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

 Ya Allah.  Dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku.