assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, January 7, 2012

Di Mana, Kan Ku Cari Air

Sayang UKM. Hari nie dah termasuk hari ke-5 tak ada air. Ramai mahasiswa yang merungut wal fining, rasa macam nak kemas semua barang dan lari keluar dari UKM. Lari-lari.. Exam punya pasal, masih termenung dan hati berbelah -bahagi nak tinggal di UKM. Untunglah sapa rumah dekat, boleh balik. Dekat sini bukan setakad air yang menjadi isunya, tetapi wifi tak boleh nak access waktu malam. Wifi hanya boleh diguna pukul 7 pagi sehingga pukul 2.30 petang. Cer cuba fikir balik, mungkin ada kelebihan dan kekurangnya disebalik isu ini. Jangan terlalu sempitkan fikiran. "Buang yang keruh dan ambil yang jernih" 

Semalam pergi meeting untuk OPKIM D’LANGKAWI 12 sampai pukul 1.00pagi. Dengan harapan, bila balik kolej ada air, rupa-rupanya hampeh. Pagi nie pon sama seperti semalam, takda air walaupun setitik, terpaksalah berarak ke tangki belakang blok pada waktu subuh. Tunggu punya tunggu akhirnya penuh juga sebaldi. Usung air sampai bilik, bubuh penuh dalam baldi, sampai-sampai bilik tinggal setengah. Selebihnya tumpah semasa perjalanan. Seronok bukan main, dah ada air setengah baldi. Malangnya, baldi tu buat hal, bocor pulak. Adeeh, habis titik peluh dan keringat tunggu air penuh dalam baldi dekat setengah jam, lepas tu angkat. Tiba-tiba baldi bocor. Ermm, nasib badan lah. Akhirnya, hanya ada sebotol mineral water 1500ml. Botol nie paling besar yang lain semua dah buang sempena menyahut kempen kitar semula di kolej Amin.
AKHIRNYA


Ada hikmah di sebalik takda air. Pada masa inilah semua mahasiswa mula tahu erti sebenar kesusahan. Sebelum nie suka membazir dan lepas tangan seperti lepas guna air tidak tutup kepala paip tu balik dan kepala paip rosak, air dibiar begitu sahaja.

Sedangkan, amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27).
Ibnu Abbas meriwayatkan, suatu hari Rasulullah SAW menegur Saad r.a menggunakan air yang banyak ketika sedang berwuduk.
“Pembaziran apakah ini wahai Saad?” soal Nabi SAW.
“Adakah dalam menggunakan air juga berlaku pembaziran?”
“Ya, sungguhpun engkau berada di tepi sungai yang mengalir.”

Jika mengambil wuduk di sungai yang airnya sentiasa mengalir pun Rasulullah SAW menyuruh kita berjimat, apatah lagi air yang mengalir dari pili?



Sebelum nie, kalau orang yang hidup mewah, mana biasa ambil wuduk hanya guna segelas air. Kalau fikir-fikir balik, sekali nak ambil wuduk mesti dah bergelen-gelen air yang habis. Masa nie lah nak aplikasikan kesusahan seperti orang di Afrika bukan seperti kita yang senang lenang dapat kemudahan di bumi Malaysia. Syukurlah dengan apa yang ada, jangan kufur nikmat cukup.

Kes takda air, setiap semester wujud. Dari tahun satu, di Kolej Burhanuddin Helmi, tahun 2 Kolej Pendeta Zaba dan sekarang tahun 3, Kolej Aminuddin Baki. Setiap tahun berhijrah, biasalah nak merasai suasana setiap kolej, rugi sesiapa yang stay kolej yang sama dari tahun 1 hingga 3.

Moralnya disebabkan tak ada air juga, semua buat kerja dalam keadaan berwuduk. {Study dalam keadaan berwuduk, cuba fikir sebelum nie pernah buat tak?} Mungkin hanya sebahagian ja yang mengamalnya. Dan ada yang menyatakan, mana taknya sekarang, air nak minum pun takda, hanya tinggal mineral water 1500ml. Yang tu lah nak minum, yang tulah nak berwuduk itu belum tambah lain. Harap-harap lepas habis isu air nie, dapat teruskan amalan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk

Dahulu, semasa menetap di Kolej Burhanuddin Helmi, kes macam nie juga, takda air di kolej kediaman tetapi hanya di surau dan kafe saja yang ada. Alhamdulilah, masa nie lah semua orang yang tidak pernah jejak ke surau nie datang juga menjengguk surau untuk solat. Nie bagi yang solat, kalau yang sebelum nie, solat pun macam biskut chipsmore tak tahu la. Semasa tahun satu, suraulah yang menjadi port study bersama kawan-kawan sefakulti dan sejabatan. Alhamdulilah

Tiba-tiba terfikir, kalau macam nie lah keadaanya dah 5 hari takda air, baik tinggal di rumah orang asli. Rasanya dekat rumah orang asli tak wujud isu nie.  Sepanjang berprogram di rumah orang asli Tanah Gembur, Gunung Ledang Johor dan kampung Kuala Betis, Gua Musang,Kelantan tak timbul la isu takda air.  hehehe


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Friday, January 6, 2012

Pabila Lembu Buat Gimik D' Tahun Baru

Kejap ja, sekarang dah umur 22 tahun, walaupun secara tidak rasmi. tetapi orang cakap, umurku baru 15 tahun.

Bila sebut tahun baru, tiba-tiba teringat kenangan zaman kanak-kanak dulu bersama kak syak (Wan Khairunnisa), kak nisah (Wan Nor Hanisah), kak pujah (Wan Mahfuzah), munirah (Wan Munirah), abg din (Wan Mohd Nasiruddin), abg a’eh (Wan Mohd Arif), adik asma (Wan Nor Asma), adik fakhri (Wan Mohd Fakhri). Kak yang sulung (Wan Nor Fariza) tak ada sebab mengaji dekat Polimas dan adik hizami (Wan Mohd Hizami) sebab masa tu dia kecil lagi.

Kami bersengkang mata semata-mata nak tengok bunga api dekat Dataran Kuala Nerang. Sekarang ubah tempat, tembak bunga api dekat Stadium Kuala Nerang. Amboi ingat Kuala Nerang tak ada stadium ka? Masa nie lah abah guna kuasa vetonya supaya kami tak boleh pergi tengok dekat dataran..

Abah seorang pesara tentera dan mak seorang suri rumah..

Ermm, kalau tak boleh tengok dekat dataran, dekat rumah pun jadilah.. klip-pok, klip-pok mata sedang menunggu bila la nak sampai pukul 12 nie ada yang tidoq dah.. Siap ada shif lagi “Kalau pukul 12 hampa kejutkan noh, nak tengok bunga api”.

Jam tepat pukul 11.55..bangun, bangun, bangun.. Orang nak tembak bunga api dah nie. Terlalu asyik sangat gerak orang tiba-tiba..
Pom, pom, pom

Pada malam tu, tepat jam pukul 12.00 kami adik beradik dengan semangatnya buka pintu rumah pelahan-pelahan dengan harapan abah dengan mak tak terjaga sebab abah tak suka kami tidoq lewat. Kalau tidoq lewat, esok pagi semua pakat liat nak bangun subuh.. Akibat terlalu asyik tengok bunga api tak sampai 5 minit, tiba-tiba kak pujah menjerit “Masuk-masuk ada harimau,,, cepat-cepat” ..Semua pakat terkejut dan terkujat bukan kepalang, berebut-rebut nak masuk rumah. Aduh masa nie la kak pujah nak buat gimik pulak..

Dah la masa tu buka pintu kecil sebab tak bagi mak dengan abah tahu.. Habis tangan luka sebab berebut-rebut nak masuk.. “ Tau pun takut, tu la tak mau dengar cakap sangat”.. Cuba bayangkan pintu utama tu bukannya besar mana pun 8 org sekali gus nak masuk. Mujur masa tu abah dengan mak tak terjaga, kalau tidak ….lol...(nahas)..
Lepas tu abang buat-buat berani tengok dekat luaq, kami semua pakat tengok melalui tingkap, berderet ja.. Betul ke kak nie? Taklah rumah kita nie dalam hutan sangat sampai ada harimau. Kes berat nie. Tersalah makan ubat ka? Harimau apa ada dalam pekan?

Sekarang Pekan Kuala Nerang sedang dinaiktaraf, dah jadi Bandar Kuala Nerang.
Ciss. rupa-rupanya kami tengok lembu tengah slumber ja makan rumput.. Mata lembu bersinar-sinar buat kami terkejut. Nak tengok bunga api punya pasal, habis luka melecet dek kerana si lembu dan kak pujah menjerit jadi gimik pada malam tahun baru.. “Abang macam mana lembu nie boleh masuk?? Erm, kantoi suda.. abang terlupa tutup pintu pagar..

Mujur kita beria-ia nak tengok bunga api kalau tak, habis wal hancus lembu nie makan pokok bunga mak. Dah la sebelum nie abang lupa tutup pintu pagar, habis lembu makan pokok bunga dalam pasu. Kalau nak makan pon, makan la bunga raya, pokok hijau kuning sebab tak payah la beria-ia kita kena gunting pokok tu..

Malam tu jadi keja pulak duk ligan (kejar) lembu..shoh..shoh, lembu keluaq la, kacau orang ja nak tengok bunga api, bukan reti nak masuk kawasan rumah orang bagi salam dulu..

Kesimpulannya, kepada orang ramai terutamanya orang kampung, kalau nak bela lembu, tak ada tempat tak payahla bela. Buat cari dosa ja, lembu tu makan dekat tanah orang. Lepas tu jual dekat orang dan orang yang beli tu buat akikah atau korban pulak. Dan disebabkan lembu juga ramai yang kemalangan