assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Monday, December 12, 2011

Ya Allah HambaMu Ingin Berubah

Ya Allah,
Terima kasih 
Beri kepadaku kesempatan
Menjejak kaki ke menara gading

Dulu masa sekolah rendah 
Akulah budak nakal
Boleh digelarkan pelajar tiada harapan
Kerana duduk kelas tercorot

Semuanya bermula
Selepas empat tahun dibuli
Darjah empat aku bangkit untuk membela diriku
Yang sering dibuli
Orang yang buliku
Semuanya dibuli balik.hahaha
Mungkin kerana tubuhku kecil
Tapi ingat!!!
Kecil-kecil cili padi

Di sinilah ku timba pengalaman
Darjah empat
Semasa balik dari  kelas KAFA
Ku nyaris diculik oleh seorang lelaki
Akhirnya aku terlepas daripada bahaya
Setelah diselamatkan oleh pak guard sekolah

13 tahun hidup
 Ku nekad ke sekolah agama
Walaupun duduk kelas akhir
Ku nekad untuk berusaha
Ku berjaya mengharungi

Akhirnya tingkatan dua
Ku berjaya menakluki kelas yang pertama
2 Bukhari 

Semua 25 subjek
Hafal punyalah hafal
Macam nak pecah kepala dibuatnya
Lepas exam
Apa yang ku hafal
Entah hilang ke mana

Mak abah
Kak masih ingat
Tujuan mak abah
hantar ke sekolah agama
Dengan harapan
Kami lebih baik daripada mak dan abah
Hidup berlandaskan agama

Setelah mengharungi semua ini
Akhirnya ku berjaya memilikinya
UPSR
PMR
SMRA
SPM
STA
STAM
Dan Insya'llah bakal mendapat
Ijazah sarjana muda
Walaupun exam ada D,E
Akulah budak baru belajar

Sekarang berada di UKM
Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan
Walaupun orang ketawa
Budak senakalku dapat Jabatan Dakwah
Ketawa, ketawa juga
Itulah hakikat
Walaupun ku tak sepandai orang lain
Hanya insan yang Low Profil


Mak abah
Alhamdulilah, kak berjaya
Membawa mak dan abah
Naik pentas sekolah
Ketika mengambil result
SMRA,STA dan STAM


Terima kasih
Mak dan abah sanggup berkorban
Demi kami
Sanggup jual tanah, berhutang
Demi memberi pendidikan yang sempurna
Kalau dalam fikiran kak
Jika Allah hidupkan kak 1000 tahun
Kak tak mampu membalas jasa mak dan abah

Mak abah
Maafkan kak kerana
Selalu menyusahkan mak dan abah
Dari kecil hingga besar
Asyik tak sihat ja

Nak buat macam mana
Ini takdir Tuhan
Allah tidak akan uji kak
Kalau kak tak mampu hadapinya
Inilah pegangan kak
Supaya dapat menerima
Hakikat diri ini

Mak abah doakan kak
Supaya kak selamat
 17/1/12
Inilah sejarah dalam hidup
Sejarah dan pengalaman baru
Untuk meniti sisa baki dalam kehidupan ini

Sekarang diperantauan
Terpaksa hadapi seorang
Tiada siapa di sisi
Melainkan Allah tetap dihati
DariNya tempatku meminta

Mak abah
Kini kak sudah besar
21 tahun telah kukecapi
Mungkin kak terlalu muda
Untuk memahami semua ini
Tapi jangan risau
Kak budak yang tabah dan sabar

Mak abah
Kak minta maaf
Mungkin pemintaan kak mak abah penuhi
Walaupun ia sukar
Walaupun terpaksa bekerja lebih masa
Untuk anak yang kurang mengenang jasa

Mak abah
Kak minta maaf
Kenakalan kami adik beradik
Menyebabkan abah masuk hospital
Tapi itulah kenangan pahit dan manis kami
Disebabkan terlalu gigih tak kena tempat
Jolok sarang lebah
Akhirnya membawa padah
Kononnya nak jadi hero dan heroin
Last sekali menyeksa diri

Mak abah
Doakan supaya
Kak dapat memenuhi impian mak abah
Pergi haji
Menjadi anak yang solehah

Mak abah seandainya
Kak coretkan segalanya disini
Impian mak abah
Pengalaman kak
Tak muat la jawabnya

Mak Abah
Ampunkan segala salah silap kak
Kak pun nak baiki salah silap kak

Ya Allah
Lanjutkanlah usia mak dan abah
Aku masih terlalu jauh dari mereka
 Aku masih gagal menjadi anak impian mereka
Aku masih belum mampu membahagiakan mereka
Dan aku masih belum sempat menjadi kebanggaan mereka

Ya Allah
Berikan peluang untuk aku bersama mereka
Berikan peluang
Untuk aku mengucapkan
 I LOVE YOU (*_*)
 Pada mereka dengan ucapan yang tulus
Penuh keinsafan.

Ya Allah,
Berikanlah peluang
Untuk mengucup dahi mereka
Berikan peluang kepada aku
Untuk membalas segala jasa
Pahit jenuh mereka dulu

Ya Allah
Murahkanlah rezeki ku
Untuk ku menyediakan segala kesenangan
Kemewahan kepada mereka

Ya Allah
Murahkan lah rezeki ku
Agar aku sentiasa ada lebih masa untuk bersama mereka
Berdiri dari kiri: Abg Din, Kak Fariza, Abg Arif, Abah(Wan Osman), Kak Khairunisa, Abg Firdaus, Mak(Noor Jis), Munirah, Kak Hanisah
Duduk dari kiri: Adik Hizami, Adik Asma, Adik Fakhri, Kak Mahfuzah


Wednesday, August 3, 2011

Pertemuan dan Perpisahan, Cebisan kenangan Kita



Sememangnya untuk bersatu, umat Islam mestilah kembali kepada yang satu (Allah). Walaupun kita berada di haluan dan tempat berbeza, tetapi di situlah kita akan bertemu.

Tanggal 28/07/2011, usai sudah latihan amali dan industri atau praktikal di Pejabat Agama Daerah Padang Terap. Sebenarnya, praktikal habis pada 10/07/2011, namun bagi melaksanakan misi penting, maka ku tamat lewat 2 minggu daripada rakan-rakan sekuliah UKM.
Di sinilah terukir sebuah kenangan terindah yang kini tersemat di kalbu. Selainku, terdapat juga rakan-rakan seperjuangan dari UnisZa iaitu Rashidi, Fakrurrazi, Syafa dan Thoharah dan sahabat dari Kolej Universiti Insaniah iaitu Emilia.
Tidak ku lupakan staf-staf Pejabat Agama Daerah Padang Terap iaitu Tuan Syeikh Zainul Mukhtar, Ustaz Harun, Tuan Haji Mohammad, Ustaz Roshidan, Abang Zul, Kak su,  Abang Nabil, Abang Am, Kak Na, Ustaz Mat Daud, Ustaz Khairi, Ustaz Zainol, Ustazah Hasnah, Ustazah Faizah yang melayan karenahku.
Di kesempatan ini, ku ingin meminta ampun & maaf andainya Terkasar bahasa, Tersilap bicara, Termarah yang tak kena, Tertanya tak tentu hala, Tersasul yang tak sengaja, Ter dan tak Terpukul kat mana-mana, Terpekik di telinga, Terhantuk di kepala, Terpinjam harta benda, Termoody tak semena-mena, Terumpat bila-bila dan bbaannyyaakk llaggii….Owh lupa,, malas nak angkat telefon..

"Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga. Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya. Namun cebisan kenangan kita. Sentiasa bermain di bayangan mata. Detik waktu yang berlalu. Menjadi Memori kau, aku, dia dan mereka.Biar bibirku tersenyum tetapi hati ini menangi s atas setiap perpisahan.

Sewaktu kita bersama, Saling Setia mengajar dan memberi ilmu. Tanpa mengenal erti penat dan jemu. 

Kita bersama memijak onak dan duri. Di tanah gersang demi mengutip semangat suci. Kini segalanya tersurat dalam jiwa dan sanubari.

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya. Ada rahmat yang tersembunyi. Kita Bertemu dan berpisah kerana Allah. Lumrah kehidupan insan yang beriman. Moga saat nan Indah. Kita harap kan berulang kembali lagi. 

Salam perpisahan buat semua warga Pejabat Agama Daerah Padang Terap."

Kenangan..
Persahabatan,,
Dua perkataan..
Namun ada ikatan…
Ada hubungan..

Setiap persahabatan..
Pasti melahirkan kenangan..

Suka, Duka..
Sedih, Gembira..
Simpanlah semua di hati..
Kekalkan dalam memori..

Mungkin ini perpisahan..
Tapi bukan penamat persahabatan..
Ianya sebuah permulaan..
Sebuah kisah kenangan..

Program Kokurikulum TASKA Zon I, FLM


Peserta dari TASKA Daerah Padang Terap

Kenduri Kahwin

Penyelia Agensi, Tuan Syeikh Zainul Mukhtar



Sunday, July 17, 2011

Boleh Buat Maksiat, Tapi Ada Syaratnya…….

Kata-kata ini sebenarnya dipetik di dalam buku solusi. Buku solusi adalah buku yang paling famous dalam kalangan sahabat-sahabatku. Jadi saya ambil serba sedikit di dalam buku  ini untuk berkongsi dengan anda semua . Hal ini kerana, daripada Abdullah Bin Amr radhiyallahu ta'ala 'anhu, bahawa Nabi s.a.w bersabda: 

بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham.
            Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat. Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: “Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
1.      Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah itu derhaka kepada Allah.
2.      Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
3.      Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak Nampak kamu.
4.      Sekirannya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu maka katakana kepada malaikat maut untuk menangguh sedikit masa lagi umurku supaya ku sempat bertaubat. Sekirannya engkau dapat melakukan tersebut, maka dipersilakan melakukan maksiat.
5.      Sekirannya malaikat zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
      Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya. Akhirnya lelaki itu mememui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba yang soleh.


Kepada kaum adam atau kaum hawa sebelum melakukan maksiat ingatlah lima syarat


Hari ini, rata-rata kita mendengar dan melihat di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen tentang keruntuhan moral dalam kalangan remaja perempuan.Contohnya isu pembuangan bayi, terlanjur dan sebagainya. Adakah semua ini berpunca daripada cinta. Perlu diingatkan bahawa cinta bukan tiket untuk gadai maruah. Perkara ini semakin hari, semakin meningkat. Fokus kita pada hari ini bukan untuk menyalahkan remaja perempuan, kebanyakkan orang apabila timbul isu ini dan menyalahkan remaja perempuan. Dalam kes ini juga membabikan lelaki yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian wanita.
Akhirnya mereka terpaksa menanggung bebanan akibat daripada perbuatan dengan hamil anak luar nikah,  lalu di tinggalkan oleh lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab. Kaum lelaki kalau berzina 10 kali pun tidak perlu menanggung bebanan atau kesan dari segi zahir, tidak seperti perempuan, terpaksa mengandung. Walaubagaimanpun ia tetap memberi kesan kepada jiwa pada masa akan datang. Maka di sini timbullah isu buang bayi kerana si gadis itu takut pandangan masyarakat terhadapnya, apatah lagi tanggapan keluarga dan saudara lain-lain.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Janganlah kamu membunuh anakmu lantaran takut kelaparan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu, sesungguhnya membunuh itu satu dosa besar,
Dalam ayat ini mengambarkan pengharaman buang anak ataupun membunuh. Dalam ayat ini juga menitikberatkan mencegah lebih baik daripada merawat.
Sebelum menyalahkan perempuan 100%,  jom kita lihat seperti mana yang kita sedia maklum bahawa sifat perempuan dari segi fizikal dan jiwa berbeza dengan lelaki. Antara sifat perempuan yang dipergunakan oleh lelaki adalah kelemahan dan kelembutan fizikal.
Seorang perempuan yang setia terhadap cinta dan mudah percaya kepada lelaki menyebabkan mereka mudah terpedaya. 
Oleh itu, untuk menghadapi dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab ini, dengan menutup aurat. Secara tidak langsung mengingatkan kepada lelaki bahawa wanita baik sukar digoda.


 Ingat!!! tutup aurat bukan bungkus aurat(^_^)




Saturday, July 9, 2011

Bukan Sekadar Berzat Tetapi...............

Dewasa ini, acap kali terpampang di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen tentang makanan dan masalah obesiti yang dihadapi oleh kanak-kanak di sekolah. Telah dikatakan bahawa makanan di sekolah menyumbang kepada obesiti dalam kalangan pelajar.
            Namun begitu, kerajaan telah mengambil insiantif dengan menghadkan kepada makanan tertentu sahaja yang boleh di jual di kantin sekolah, dengan harapan kanak-kanak sekolah tidak terdedah dengan bahaya pengambilan makanan yang kurang berzat dan menggemukkan.
            Di sini, timbullah persoalan sama ada, adakah hanya masalah obesiti atau kurang khasiat yang dirisaukan oleh ibu bapa? Sebenarnya terdapat satu perkara yang penting harus dirisaukan iaitu status halal makanan itu. Hal ini kerana, setiap makanan yang dimakan oleh kanak-kanak tersebut akan menjadi darah daging mereka. Berdasarkan firman Allah, Surah al-Baqarah “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa-apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik (Tayyib), dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”.
            Makanan yang halal haruslah bersih di sudut syariat. Contohnya ayam disembelih tetapi cara membasuh dan dibersihnya tidak mengikut syariat. Begitu juga dengan penjual dan pembuat makanan tersebut mestilah orang yang beragama Islam.
            Islam tidak hanya melihat dari segi zahir sahaja, tetapi dari segi sumber pendapatan atau wang yang diperolehi oleh ibu bapa setiap bulan juga harus dilihat. Wang itulah kelak akan dibelanjakan untuk membeli segala urusan rumah tangga termasuklah makanan. Maksud halal yang dibawa disini ialah, pendapatan ibu bapa tidak bercampur dengan unsur yang haram. Misalnya pendapatan bukan dari hasil rasuah, menipu atas mengambil hak orang lain.
            Ibu bapa yang bekerja perlu amanah dalam kerjaya mereka. Jauhi budaya “curi tulang” ketika bekerja dengan berbual kosong ataupun melayari internit tanpa tujuan. Hal ini kerana hasil pendapatan itu mengandungi syubhah. Bagaimana jika makanan yang diberikan itu tidak halal dari segi syarak?.
            Kesan dari makanan tersebut, jika sumber itu halal, maka halal itu membantu anak-anak tetap dalam membuat makruf dan meninggalkan kemungkaran. Sebaliknya, doa juga menjadi penghalang apabila memakan harta dan makanan tidak halal. Inilah antara penyebab doa tidak diterima oleh Allah.
            Moralnya pada hari ini, seringkali kita mendengar keluhan dari ibu bapa tentang tingkah laku anak-anak yang degil dan tidak dengar cakap “bak kata tidak makan saman”, cepat panas baran dan sebagainya. Mungkin ini salah satu sebabnya kerana makanan yang disediakan tidak halal dan tidak baik.
             Disini ku teringat pesanan ibuku kepadaku bahawa sesunggunya sebelum memulakan dengan sesuatu masakkan mestilah dimulai dengan basmalah, tetapi bukan hanya terhad kepada masakkan sahaja tetapi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan untuk memperolehi keberkatan dalam kehidupan.