assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, March 31, 2012

Surat Adik dan Abang


Mengisahkan kisah seorang adik yang selalu tulis surat kat abang dia.. Dan dia tak tau pun abg dia balas surat tu…. Saya share dari blog... Hayatilah sahabatku
Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat dia yang kat kampung.. Satu pun tak berbalas..

2 Tahun lepas..
Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi tak jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku.. Aku tak tenang..

Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah… Suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi tak..
Mak ngan ayah meninggal masa aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek birthday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kita, sampai mak terpaksa pergi beli ngan ayah..Tapi aku hairan masa tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan. Tiba-tiba banyak air keluar.. Tapi ko cepat-cepat lap lantai umah kite..Tapi aku tak ambil kisah pun pasal hal tu..

Sebelum pergi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap “ Abang, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalau mak dah tak ada, ko jangan tinggal dia. Ingat sikit mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar dia sorang-sorang “

Ko ingat tak..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko suka warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kita, Sebab aku suka warna pink. Lepas kejadian tu.. ko tak pernah ucap birthday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat tak..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko tak sekolah lagi.. Ko pergi mana pun aku tak tau..Tapi malam malam baru ko balik dan tak pernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko tak makan pun.. Last-last pagi esok aku nampak ayam-ayam yang makan. Ko tak pernah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat tak..
Pernah sekali aku mintak duit nak pergi sekolah. Tapi time tu ko tengah tido.. Aku ambil Dua riggit dalam poket jeans ko. .Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko tak pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya, nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko tak datang ambil aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko tak cakap apa-apa? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,
Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.



Aku mula terasa yang teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat.. Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai-anai.. Tiba ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak-kotak kecik serta sampul-sampul surat.. Dan tiba-tiba aku terpandang satu surat yang cantik sangat. Dan aku buka…


Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yang telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yang jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupun kau dah campakkan pengikat rambaut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni-guni untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu,.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yang memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu.. Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yang kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,
Siapa cakap yang aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,
Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yang kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yang akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan.. Selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu.. Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mhau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yang berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu.. Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita.. Bacalah semua surat-surat dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada. .Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
Untuk mengelap setiap barang yang aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
Untuk membasuh pakaianku yang busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dari kerja, TERIMA KASIH.
Untuk memasak lauk kegemaranku yang kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
Untuk mengingatiku dan menulis surat yang tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..
Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”


Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yang mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yang sangat indah.. Ya Allah… Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

 Ya Allah.  Dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku.

Thursday, March 29, 2012

Ku Menunggumu Kerana Allah

Bismillahirrahmaanirrahiim


Aku Menunggumu kerana ALLAH - Duhai Engkau Calon Imamku


Ini bukan sekadar kata..
Agar kamu jatuh hati padaku..
Namun ini adalah kejujuranku..
Mengapa aku berkata seperti ini?
Kerana aku menyukai orang yang mencintai-Nya
Mencinta Rasul-Nya..
Dan dengan keteguhanmu dapat mengajakku untuk semakin mencintai-Nya..

AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH

Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu.., mengapa demikian?
Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku..
Dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH..
Cinta adalah anugerah-Nya yang wujud dihati orang yang dikehendaki-Nya bagaimana aku tidak merindukan kehadiranmu wahai kekasih..

AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH

Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian, tetapi mengapa?
Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan..
Dan kerananya, ku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukan hatiku..
Yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-Nya..


Aku tahu terlalu banyak harus kuperbaiki
Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu..
Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imamku terhadap-Nya..

Semakin dalam dengan izin-Nya..

Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seseorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri..
Bila benar ada dalam hidupku..
Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yg diredhoi-Nya..

Aku mencintaimu kerana ALLAH..
Aku merindukanmu kerana ALLAH..
Aku menunggumu kerana ALLAH..

Di raga manakah kamu berada?
Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin..

Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku..
Izinka bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-Nya..

YA RABB..
Rendamkanlah rinduku dijalan yang terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku..

Bila saudara dan teman tidak cukup menemani kehidupanku..
Maka hari itu yang aku tunggu..
Penantiku pasti karena ENGKAU tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-MU..

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan. (Az-Zaariyat 49)

Salam Santun Erat Silaturahmi Dan Ukhuwah Fillah




Monday, March 26, 2012

Ku Pinang Kau dengan BISMILLAH


Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

~ Teenagers Today~

Remaja pada hari ini kian mengetepikan akhlak Islam kerana terpengaruh dengan budaya asing. Ibubapa mereka pula sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak. Pada hari ini, anak-anak dididik dengan sistem sekular yang mementingkan kecermelangan akademik sahaja. Akhlak yang baik dianggap sebagai kuno dan ketinggalan zaman.
Dengan ini, maka lahirlah golongan profesional muda yang hilang pedoman, tidak beretika, dan tidak bermoral kerana mengejar kemajuan dan pembangunan dengan mengenepikan pantang larang yang baik dan nilai-nilai murni.
Kaum wanita juga kian terpengaruh dengan budaya asing sehingga menyebabkan mereka sudah hilang pedoman dalam akhlak Islam. Wanita pada zaman dahulu dalam masyarakat melayu sangat berbeza dengan wanita sekarang. Kini, sebahagian besar mereka sudah membanjiri seluruh ibu kota sama ada di sektor awam, swasata dan pelbagai bidang perniagaan. Sektor perlancongan dan hiburan juga semakin memerlukan mereka bagi memajukan industri tersebut.
Oleh itu, akibat mengetepikan akhlak Islam yang harus diamalkan, maka lahirlah masyarakat Melayu moden hari ini dengan gejala buruk dan maksiat yang boleh meruntuhkan peradaban dan pembangunan yang mereka bina. Amalan yang ridak baik ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang awam tetapi juga dalam kalangan pemimpin negara.
Untuk menyelamatkan negara dan pembangunan yang telah dicapai dengan mengalami kehancuran, maka seharusnya semua orang kembali menghayati ajarah agama Islam. Agama Islam adalah agama yang syumul. setiap liku-liku kehidupan ini telah diajar oleh Rasulullah.

Saturday, January 7, 2012

Di Mana, Kan Ku Cari Air

Sayang UKM. Hari nie dah termasuk hari ke-5 tak ada air. Ramai mahasiswa yang merungut wal fining, rasa macam nak kemas semua barang dan lari keluar dari UKM. Lari-lari.. Exam punya pasal, masih termenung dan hati berbelah -bahagi nak tinggal di UKM. Untunglah sapa rumah dekat, boleh balik. Dekat sini bukan setakad air yang menjadi isunya, tetapi wifi tak boleh nak access waktu malam. Wifi hanya boleh diguna pukul 7 pagi sehingga pukul 2.30 petang. Cer cuba fikir balik, mungkin ada kelebihan dan kekurangnya disebalik isu ini. Jangan terlalu sempitkan fikiran. "Buang yang keruh dan ambil yang jernih" 

Semalam pergi meeting untuk OPKIM D’LANGKAWI 12 sampai pukul 1.00pagi. Dengan harapan, bila balik kolej ada air, rupa-rupanya hampeh. Pagi nie pon sama seperti semalam, takda air walaupun setitik, terpaksalah berarak ke tangki belakang blok pada waktu subuh. Tunggu punya tunggu akhirnya penuh juga sebaldi. Usung air sampai bilik, bubuh penuh dalam baldi, sampai-sampai bilik tinggal setengah. Selebihnya tumpah semasa perjalanan. Seronok bukan main, dah ada air setengah baldi. Malangnya, baldi tu buat hal, bocor pulak. Adeeh, habis titik peluh dan keringat tunggu air penuh dalam baldi dekat setengah jam, lepas tu angkat. Tiba-tiba baldi bocor. Ermm, nasib badan lah. Akhirnya, hanya ada sebotol mineral water 1500ml. Botol nie paling besar yang lain semua dah buang sempena menyahut kempen kitar semula di kolej Amin.
AKHIRNYA


Ada hikmah di sebalik takda air. Pada masa inilah semua mahasiswa mula tahu erti sebenar kesusahan. Sebelum nie suka membazir dan lepas tangan seperti lepas guna air tidak tutup kepala paip tu balik dan kepala paip rosak, air dibiar begitu sahaja.

Sedangkan, amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27).
Ibnu Abbas meriwayatkan, suatu hari Rasulullah SAW menegur Saad r.a menggunakan air yang banyak ketika sedang berwuduk.
“Pembaziran apakah ini wahai Saad?” soal Nabi SAW.
“Adakah dalam menggunakan air juga berlaku pembaziran?”
“Ya, sungguhpun engkau berada di tepi sungai yang mengalir.”

Jika mengambil wuduk di sungai yang airnya sentiasa mengalir pun Rasulullah SAW menyuruh kita berjimat, apatah lagi air yang mengalir dari pili?



Sebelum nie, kalau orang yang hidup mewah, mana biasa ambil wuduk hanya guna segelas air. Kalau fikir-fikir balik, sekali nak ambil wuduk mesti dah bergelen-gelen air yang habis. Masa nie lah nak aplikasikan kesusahan seperti orang di Afrika bukan seperti kita yang senang lenang dapat kemudahan di bumi Malaysia. Syukurlah dengan apa yang ada, jangan kufur nikmat cukup.

Kes takda air, setiap semester wujud. Dari tahun satu, di Kolej Burhanuddin Helmi, tahun 2 Kolej Pendeta Zaba dan sekarang tahun 3, Kolej Aminuddin Baki. Setiap tahun berhijrah, biasalah nak merasai suasana setiap kolej, rugi sesiapa yang stay kolej yang sama dari tahun 1 hingga 3.

Moralnya disebabkan tak ada air juga, semua buat kerja dalam keadaan berwuduk. {Study dalam keadaan berwuduk, cuba fikir sebelum nie pernah buat tak?} Mungkin hanya sebahagian ja yang mengamalnya. Dan ada yang menyatakan, mana taknya sekarang, air nak minum pun takda, hanya tinggal mineral water 1500ml. Yang tu lah nak minum, yang tulah nak berwuduk itu belum tambah lain. Harap-harap lepas habis isu air nie, dapat teruskan amalan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk

Dahulu, semasa menetap di Kolej Burhanuddin Helmi, kes macam nie juga, takda air di kolej kediaman tetapi hanya di surau dan kafe saja yang ada. Alhamdulilah, masa nie lah semua orang yang tidak pernah jejak ke surau nie datang juga menjengguk surau untuk solat. Nie bagi yang solat, kalau yang sebelum nie, solat pun macam biskut chipsmore tak tahu la. Semasa tahun satu, suraulah yang menjadi port study bersama kawan-kawan sefakulti dan sejabatan. Alhamdulilah

Tiba-tiba terfikir, kalau macam nie lah keadaanya dah 5 hari takda air, baik tinggal di rumah orang asli. Rasanya dekat rumah orang asli tak wujud isu nie.  Sepanjang berprogram di rumah orang asli Tanah Gembur, Gunung Ledang Johor dan kampung Kuala Betis, Gua Musang,Kelantan tak timbul la isu takda air.  hehehe


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Friday, January 6, 2012

Pabila Lembu Buat Gimik D' Tahun Baru

Kejap ja, sekarang dah umur 22 tahun, walaupun secara tidak rasmi. tetapi orang cakap, umurku baru 15 tahun.

Bila sebut tahun baru, tiba-tiba teringat kenangan zaman kanak-kanak dulu bersama kak syak (Wan Khairunnisa), kak nisah (Wan Nor Hanisah), kak pujah (Wan Mahfuzah), munirah (Wan Munirah), abg din (Wan Mohd Nasiruddin), abg a’eh (Wan Mohd Arif), adik asma (Wan Nor Asma), adik fakhri (Wan Mohd Fakhri). Kak yang sulung (Wan Nor Fariza) tak ada sebab mengaji dekat Polimas dan adik hizami (Wan Mohd Hizami) sebab masa tu dia kecil lagi.

Kami bersengkang mata semata-mata nak tengok bunga api dekat Dataran Kuala Nerang. Sekarang ubah tempat, tembak bunga api dekat Stadium Kuala Nerang. Amboi ingat Kuala Nerang tak ada stadium ka? Masa nie lah abah guna kuasa vetonya supaya kami tak boleh pergi tengok dekat dataran..

Abah seorang pesara tentera dan mak seorang suri rumah..

Ermm, kalau tak boleh tengok dekat dataran, dekat rumah pun jadilah.. klip-pok, klip-pok mata sedang menunggu bila la nak sampai pukul 12 nie ada yang tidoq dah.. Siap ada shif lagi “Kalau pukul 12 hampa kejutkan noh, nak tengok bunga api”.

Jam tepat pukul 11.55..bangun, bangun, bangun.. Orang nak tembak bunga api dah nie. Terlalu asyik sangat gerak orang tiba-tiba..
Pom, pom, pom

Pada malam tu, tepat jam pukul 12.00 kami adik beradik dengan semangatnya buka pintu rumah pelahan-pelahan dengan harapan abah dengan mak tak terjaga sebab abah tak suka kami tidoq lewat. Kalau tidoq lewat, esok pagi semua pakat liat nak bangun subuh.. Akibat terlalu asyik tengok bunga api tak sampai 5 minit, tiba-tiba kak pujah menjerit “Masuk-masuk ada harimau,,, cepat-cepat” ..Semua pakat terkejut dan terkujat bukan kepalang, berebut-rebut nak masuk rumah. Aduh masa nie la kak pujah nak buat gimik pulak..

Dah la masa tu buka pintu kecil sebab tak bagi mak dengan abah tahu.. Habis tangan luka sebab berebut-rebut nak masuk.. “ Tau pun takut, tu la tak mau dengar cakap sangat”.. Cuba bayangkan pintu utama tu bukannya besar mana pun 8 org sekali gus nak masuk. Mujur masa tu abah dengan mak tak terjaga, kalau tidak ….lol...(nahas)..
Lepas tu abang buat-buat berani tengok dekat luaq, kami semua pakat tengok melalui tingkap, berderet ja.. Betul ke kak nie? Taklah rumah kita nie dalam hutan sangat sampai ada harimau. Kes berat nie. Tersalah makan ubat ka? Harimau apa ada dalam pekan?

Sekarang Pekan Kuala Nerang sedang dinaiktaraf, dah jadi Bandar Kuala Nerang.
Ciss. rupa-rupanya kami tengok lembu tengah slumber ja makan rumput.. Mata lembu bersinar-sinar buat kami terkejut. Nak tengok bunga api punya pasal, habis luka melecet dek kerana si lembu dan kak pujah menjerit jadi gimik pada malam tahun baru.. “Abang macam mana lembu nie boleh masuk?? Erm, kantoi suda.. abang terlupa tutup pintu pagar..

Mujur kita beria-ia nak tengok bunga api kalau tak, habis wal hancus lembu nie makan pokok bunga mak. Dah la sebelum nie abang lupa tutup pintu pagar, habis lembu makan pokok bunga dalam pasu. Kalau nak makan pon, makan la bunga raya, pokok hijau kuning sebab tak payah la beria-ia kita kena gunting pokok tu..

Malam tu jadi keja pulak duk ligan (kejar) lembu..shoh..shoh, lembu keluaq la, kacau orang ja nak tengok bunga api, bukan reti nak masuk kawasan rumah orang bagi salam dulu..

Kesimpulannya, kepada orang ramai terutamanya orang kampung, kalau nak bela lembu, tak ada tempat tak payahla bela. Buat cari dosa ja, lembu tu makan dekat tanah orang. Lepas tu jual dekat orang dan orang yang beli tu buat akikah atau korban pulak. Dan disebabkan lembu juga ramai yang kemalangan