assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Friday, January 6, 2012

Pabila Lembu Buat Gimik D' Tahun Baru

Kejap ja, sekarang dah umur 22 tahun, walaupun secara tidak rasmi. tetapi orang cakap, umurku baru 15 tahun.

Bila sebut tahun baru, tiba-tiba teringat kenangan zaman kanak-kanak dulu bersama kak syak (Wan Khairunnisa), kak nisah (Wan Nor Hanisah), kak pujah (Wan Mahfuzah), munirah (Wan Munirah), abg din (Wan Mohd Nasiruddin), abg a’eh (Wan Mohd Arif), adik asma (Wan Nor Asma), adik fakhri (Wan Mohd Fakhri). Kak yang sulung (Wan Nor Fariza) tak ada sebab mengaji dekat Polimas dan adik hizami (Wan Mohd Hizami) sebab masa tu dia kecil lagi.

Kami bersengkang mata semata-mata nak tengok bunga api dekat Dataran Kuala Nerang. Sekarang ubah tempat, tembak bunga api dekat Stadium Kuala Nerang. Amboi ingat Kuala Nerang tak ada stadium ka? Masa nie lah abah guna kuasa vetonya supaya kami tak boleh pergi tengok dekat dataran..

Abah seorang pesara tentera dan mak seorang suri rumah..

Ermm, kalau tak boleh tengok dekat dataran, dekat rumah pun jadilah.. klip-pok, klip-pok mata sedang menunggu bila la nak sampai pukul 12 nie ada yang tidoq dah.. Siap ada shif lagi “Kalau pukul 12 hampa kejutkan noh, nak tengok bunga api”.

Jam tepat pukul 11.55..bangun, bangun, bangun.. Orang nak tembak bunga api dah nie. Terlalu asyik sangat gerak orang tiba-tiba..
Pom, pom, pom

Pada malam tu, tepat jam pukul 12.00 kami adik beradik dengan semangatnya buka pintu rumah pelahan-pelahan dengan harapan abah dengan mak tak terjaga sebab abah tak suka kami tidoq lewat. Kalau tidoq lewat, esok pagi semua pakat liat nak bangun subuh.. Akibat terlalu asyik tengok bunga api tak sampai 5 minit, tiba-tiba kak pujah menjerit “Masuk-masuk ada harimau,,, cepat-cepat” ..Semua pakat terkejut dan terkujat bukan kepalang, berebut-rebut nak masuk rumah. Aduh masa nie la kak pujah nak buat gimik pulak..

Dah la masa tu buka pintu kecil sebab tak bagi mak dengan abah tahu.. Habis tangan luka sebab berebut-rebut nak masuk.. “ Tau pun takut, tu la tak mau dengar cakap sangat”.. Cuba bayangkan pintu utama tu bukannya besar mana pun 8 org sekali gus nak masuk. Mujur masa tu abah dengan mak tak terjaga, kalau tidak ….lol...(nahas)..
Lepas tu abang buat-buat berani tengok dekat luaq, kami semua pakat tengok melalui tingkap, berderet ja.. Betul ke kak nie? Taklah rumah kita nie dalam hutan sangat sampai ada harimau. Kes berat nie. Tersalah makan ubat ka? Harimau apa ada dalam pekan?

Sekarang Pekan Kuala Nerang sedang dinaiktaraf, dah jadi Bandar Kuala Nerang.
Ciss. rupa-rupanya kami tengok lembu tengah slumber ja makan rumput.. Mata lembu bersinar-sinar buat kami terkejut. Nak tengok bunga api punya pasal, habis luka melecet dek kerana si lembu dan kak pujah menjerit jadi gimik pada malam tahun baru.. “Abang macam mana lembu nie boleh masuk?? Erm, kantoi suda.. abang terlupa tutup pintu pagar..

Mujur kita beria-ia nak tengok bunga api kalau tak, habis wal hancus lembu nie makan pokok bunga mak. Dah la sebelum nie abang lupa tutup pintu pagar, habis lembu makan pokok bunga dalam pasu. Kalau nak makan pon, makan la bunga raya, pokok hijau kuning sebab tak payah la beria-ia kita kena gunting pokok tu..

Malam tu jadi keja pulak duk ligan (kejar) lembu..shoh..shoh, lembu keluaq la, kacau orang ja nak tengok bunga api, bukan reti nak masuk kawasan rumah orang bagi salam dulu..

Kesimpulannya, kepada orang ramai terutamanya orang kampung, kalau nak bela lembu, tak ada tempat tak payahla bela. Buat cari dosa ja, lembu tu makan dekat tanah orang. Lepas tu jual dekat orang dan orang yang beli tu buat akikah atau korban pulak. Dan disebabkan lembu juga ramai yang kemalangan

No comments:

Post a Comment