assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Monday, March 26, 2012

~ Teenagers Today~

Remaja pada hari ini kian mengetepikan akhlak Islam kerana terpengaruh dengan budaya asing. Ibubapa mereka pula sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak. Pada hari ini, anak-anak dididik dengan sistem sekular yang mementingkan kecermelangan akademik sahaja. Akhlak yang baik dianggap sebagai kuno dan ketinggalan zaman.
Dengan ini, maka lahirlah golongan profesional muda yang hilang pedoman, tidak beretika, dan tidak bermoral kerana mengejar kemajuan dan pembangunan dengan mengenepikan pantang larang yang baik dan nilai-nilai murni.
Kaum wanita juga kian terpengaruh dengan budaya asing sehingga menyebabkan mereka sudah hilang pedoman dalam akhlak Islam. Wanita pada zaman dahulu dalam masyarakat melayu sangat berbeza dengan wanita sekarang. Kini, sebahagian besar mereka sudah membanjiri seluruh ibu kota sama ada di sektor awam, swasata dan pelbagai bidang perniagaan. Sektor perlancongan dan hiburan juga semakin memerlukan mereka bagi memajukan industri tersebut.
Oleh itu, akibat mengetepikan akhlak Islam yang harus diamalkan, maka lahirlah masyarakat Melayu moden hari ini dengan gejala buruk dan maksiat yang boleh meruntuhkan peradaban dan pembangunan yang mereka bina. Amalan yang ridak baik ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang awam tetapi juga dalam kalangan pemimpin negara.
Untuk menyelamatkan negara dan pembangunan yang telah dicapai dengan mengalami kehancuran, maka seharusnya semua orang kembali menghayati ajarah agama Islam. Agama Islam adalah agama yang syumul. setiap liku-liku kehidupan ini telah diajar oleh Rasulullah.

No comments:

Post a Comment