assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, June 23, 2013

Keranda Buat Ayah



Lelaki tua itu semakin lemah. Kudratnya sudah tiada. Penyakit demi penyakit bersarang dlm tubuhnya membuatkan lelaki itu tidak mampu lagi untuk berdiri. Setiap hari yang termampu dilakukan hanyalah berbaring dan membilang baki hari yg akan dilaluinya. Keadaan lelaki tua itu menjengkelkan anaknya. 

Anak muda itu mengeluh kerana setiap hari sejak beberapa bulan bapanya terlantar, hanya dia seorang saja terpaksa berladang dan terpaksa menjaga binatang2 ternakan. Penat berladang, pulang ke rumah dia pula memasak, membasuh, mengemas rumah serta membantu bapanya yg tidak mampu menguruskan diri sendiri. Paling dibenci anak muda itu terpaksa mengurus kencing berak bapanya lantaran si ibu sudah beberapa tahun meninggal dunia. “Ah,tak guna langsung, menyusahkan saja…” keluh si anak yg tidak sanggup lagi menanggung beban menguruskan ayahnya.


 Kesabarannya hilang. Dia tidak mahu menggalas beban itu lebih lama lagi. Suatu hari si anak membuat satu keranda dari kayu dan membawanya balik ke rumah. Ketika itu ayahnya sedang tidur. Tanpa melengahkan masa si anak terus mengheret keranda ke bahagian anjung tempat ayahnya sedang berbaring. Perlahan2 tubuh tua ayahnya diangkat dan diletakkan ke dlm keranda kayu.


 Kemudian, ditutupnya keranda itu.Anak muda mengheret keranda tersebut hinggalah ke tebing sebuah gaung yg dalam dan dipenuhi bongkah batu. Segala2nya akan berakhir sebentar lagi. Tetapi sewaktu hendak menolak keranda ke dalam gaung, tiba2 dia terdengar ketukan lemah dari dalam keranda. Lalu anak muda itu membukanya. Dalam keadaan terbaring lemah, lelaki tua memandang tepat ke dalam mata anaknya.“Ayah tau kau nak tolak ayah dari tebing ini,” begitu payah si bapa mengeluarkan suaranya. “Boleh..kau boleh lakukannya, tapi ayah ada satu permintaan..”sambung lelaki tua dgn suara tersekat2 menahan sebak di dada. Si anak mengangguk, menyuruh bapanya meneruskan kata. “Kau boleh tolak ayah dari sini jika kau mahu, tapi simpanlah keranda ini baik-baik sebab anak mu juga memerlukan keranda ini suatu masa nanti,” sambung si bapa.


Moral: Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga ayah dan emak ketika mereka sudah tua atau memerlukan. Jasa dan pengorbanan mereka sangat besar dan tak terbalas oleh kita.  Hargailah mereka dan sayangilah mereka selagi mereka masih hidup.



Copy  by: kisahbest.net

No comments:

Post a Comment