assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, July 17, 2011

Boleh Buat Maksiat, Tapi Ada Syaratnya…….

Kata-kata ini sebenarnya dipetik di dalam buku solusi. Buku solusi adalah buku yang paling famous dalam kalangan sahabat-sahabatku. Jadi saya ambil serba sedikit di dalam buku  ini untuk berkongsi dengan anda semua . Hal ini kerana, daripada Abdullah Bin Amr radhiyallahu ta'ala 'anhu, bahawa Nabi s.a.w bersabda: 

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَة
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham.
            Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat. Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: “Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
1.      Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah itu derhaka kepada Allah.
2.      Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
3.      Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak Nampak kamu.
4.      Sekirannya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu maka katakana kepada malaikat maut untuk menangguh sedikit masa lagi umurku supaya ku sempat bertaubat. Sekirannya engkau dapat melakukan tersebut, maka dipersilakan melakukan maksiat.
5.      Sekirannya malaikat zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
      Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya. Akhirnya lelaki itu mememui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba yang soleh.


Kepada kaum adam atau kaum hawa sebelum melakukan maksiat ingatlah lima syarat


Hari ini, rata-rata kita mendengar dan melihat di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen tentang keruntuhan moral dalam kalangan remaja perempuan.Contohnya isu pembuangan bayi, terlanjur dan sebagainya. Adakah semua ini berpunca daripada cinta. Perlu diingatkan bahawa cinta bukan tiket untuk gadai maruah. Perkara ini semakin hari, semakin meningkat. Fokus kita pada hari ini bukan untuk menyalahkan remaja perempuan, kebanyakkan orang apabila timbul isu ini dan menyalahkan remaja perempuan. Dalam kes ini juga membabikan lelaki yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian wanita.
Akhirnya mereka terpaksa menanggung bebanan akibat daripada perbuatan dengan hamil anak luar nikah,  lalu di tinggalkan oleh lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab. Kaum lelaki kalau berzina 10 kali pun tidak perlu menanggung bebanan atau kesan dari segi zahir, tidak seperti perempuan, terpaksa mengandung. Walaubagaimanpun ia tetap memberi kesan kepada jiwa pada masa akan datang. Maka di sini timbullah isu buang bayi kerana si gadis itu takut pandangan masyarakat terhadapnya, apatah lagi tanggapan keluarga dan saudara lain-lain.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Janganlah kamu membunuh anakmu lantaran takut kelaparan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu, sesungguhnya membunuh itu satu dosa besar,
Dalam ayat ini mengambarkan pengharaman buang anak ataupun membunuh. Dalam ayat ini juga menitikberatkan mencegah lebih baik daripada merawat.
Sebelum menyalahkan perempuan 100%,  jom kita lihat seperti mana yang kita sedia maklum bahawa sifat perempuan dari segi fizikal dan jiwa berbeza dengan lelaki. Antara sifat perempuan yang dipergunakan oleh lelaki adalah kelemahan dan kelembutan fizikal.
Seorang perempuan yang setia terhadap cinta dan mudah percaya kepada lelaki menyebabkan mereka mudah terpedaya. 
Oleh itu, untuk menghadapi dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab ini, dengan menutup aurat. Secara tidak langsung mengingatkan kepada lelaki bahawa wanita baik sukar digoda.


 Ingat!!! tutup aurat bukan bungkus aurat(^_^)




No comments:

Post a Comment