assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, July 9, 2011

Bukan Sekadar Berzat Tetapi...............

Dewasa ini, acap kali terpampang di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen tentang makanan dan masalah obesiti yang dihadapi oleh kanak-kanak di sekolah. Telah dikatakan bahawa makanan di sekolah menyumbang kepada obesiti dalam kalangan pelajar.
            Namun begitu, kerajaan telah mengambil insiantif dengan menghadkan kepada makanan tertentu sahaja yang boleh di jual di kantin sekolah, dengan harapan kanak-kanak sekolah tidak terdedah dengan bahaya pengambilan makanan yang kurang berzat dan menggemukkan.
            Di sini, timbullah persoalan sama ada, adakah hanya masalah obesiti atau kurang khasiat yang dirisaukan oleh ibu bapa? Sebenarnya terdapat satu perkara yang penting harus dirisaukan iaitu status halal makanan itu. Hal ini kerana, setiap makanan yang dimakan oleh kanak-kanak tersebut akan menjadi darah daging mereka. Berdasarkan firman Allah, Surah al-Baqarah “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa-apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik (Tayyib), dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”.
            Makanan yang halal haruslah bersih di sudut syariat. Contohnya ayam disembelih tetapi cara membasuh dan dibersihnya tidak mengikut syariat. Begitu juga dengan penjual dan pembuat makanan tersebut mestilah orang yang beragama Islam.
            Islam tidak hanya melihat dari segi zahir sahaja, tetapi dari segi sumber pendapatan atau wang yang diperolehi oleh ibu bapa setiap bulan juga harus dilihat. Wang itulah kelak akan dibelanjakan untuk membeli segala urusan rumah tangga termasuklah makanan. Maksud halal yang dibawa disini ialah, pendapatan ibu bapa tidak bercampur dengan unsur yang haram. Misalnya pendapatan bukan dari hasil rasuah, menipu atas mengambil hak orang lain.
            Ibu bapa yang bekerja perlu amanah dalam kerjaya mereka. Jauhi budaya “curi tulang” ketika bekerja dengan berbual kosong ataupun melayari internit tanpa tujuan. Hal ini kerana hasil pendapatan itu mengandungi syubhah. Bagaimana jika makanan yang diberikan itu tidak halal dari segi syarak?.
            Kesan dari makanan tersebut, jika sumber itu halal, maka halal itu membantu anak-anak tetap dalam membuat makruf dan meninggalkan kemungkaran. Sebaliknya, doa juga menjadi penghalang apabila memakan harta dan makanan tidak halal. Inilah antara penyebab doa tidak diterima oleh Allah.
            Moralnya pada hari ini, seringkali kita mendengar keluhan dari ibu bapa tentang tingkah laku anak-anak yang degil dan tidak dengar cakap “bak kata tidak makan saman”, cepat panas baran dan sebagainya. Mungkin ini salah satu sebabnya kerana makanan yang disediakan tidak halal dan tidak baik.
             Disini ku teringat pesanan ibuku kepadaku bahawa sesunggunya sebelum memulakan dengan sesuatu masakkan mestilah dimulai dengan basmalah, tetapi bukan hanya terhad kepada masakkan sahaja tetapi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan untuk memperolehi keberkatan dalam kehidupan. 

No comments:

Post a Comment