assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Monday, December 12, 2011

Ya Allah HambaMu Ingin Berubah

Ya Allah,
Terima kasih 
Beri kepadaku kesempatan
Menjejak kaki ke menara gading

Dulu masa sekolah rendah 
Akulah budak nakal
Boleh digelarkan pelajar tiada harapan
Kerana duduk kelas tercorot

Semuanya bermula
Selepas empat tahun dibuli
Darjah empat aku bangkit untuk membela diriku
Yang sering dibuli
Orang yang buliku
Semuanya dibuli balik.hahaha
Mungkin kerana tubuhku kecil
Tapi ingat!!!
Kecil-kecil cili padi

Di sinilah ku timba pengalaman
Darjah empat
Semasa balik dari  kelas KAFA
Ku nyaris diculik oleh seorang lelaki
Akhirnya aku terlepas daripada bahaya
Setelah diselamatkan oleh pak guard sekolah

13 tahun hidup
 Ku nekad ke sekolah agama
Walaupun duduk kelas akhir
Ku nekad untuk berusaha
Ku berjaya mengharungi

Akhirnya tingkatan dua
Ku berjaya menakluki kelas yang pertama
2 Bukhari 

Semua 25 subjek
Hafal punyalah hafal
Macam nak pecah kepala dibuatnya
Lepas exam
Apa yang ku hafal
Entah hilang ke mana

Mak abah
Kak masih ingat
Tujuan mak abah
hantar ke sekolah agama
Dengan harapan
Kami lebih baik daripada mak dan abah
Hidup berlandaskan agama

Setelah mengharungi semua ini
Akhirnya ku berjaya memilikinya
UPSR
PMR
SMRA
SPM
STA
STAM
Dan Insya'llah bakal mendapat
Ijazah sarjana muda
Walaupun exam ada D,E
Akulah budak baru belajar

Sekarang berada di UKM
Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan
Walaupun orang ketawa
Budak senakalku dapat Jabatan Dakwah
Ketawa, ketawa juga
Itulah hakikat
Walaupun ku tak sepandai orang lain
Hanya insan yang Low Profil


Mak abah
Alhamdulilah, kak berjaya
Membawa mak dan abah
Naik pentas sekolah
Ketika mengambil result
SMRA,STA dan STAM


Terima kasih
Mak dan abah sanggup berkorban
Demi kami
Sanggup jual tanah, berhutang
Demi memberi pendidikan yang sempurna
Kalau dalam fikiran kak
Jika Allah hidupkan kak 1000 tahun
Kak tak mampu membalas jasa mak dan abah

Mak abah
Maafkan kak kerana
Selalu menyusahkan mak dan abah
Dari kecil hingga besar
Asyik tak sihat ja

Nak buat macam mana
Ini takdir Tuhan
Allah tidak akan uji kak
Kalau kak tak mampu hadapinya
Inilah pegangan kak
Supaya dapat menerima
Hakikat diri ini

Mak abah doakan kak
Supaya kak selamat
 17/1/12
Inilah sejarah dalam hidup
Sejarah dan pengalaman baru
Untuk meniti sisa baki dalam kehidupan ini

Sekarang diperantauan
Terpaksa hadapi seorang
Tiada siapa di sisi
Melainkan Allah tetap dihati
DariNya tempatku meminta

Mak abah
Kini kak sudah besar
21 tahun telah kukecapi
Mungkin kak terlalu muda
Untuk memahami semua ini
Tapi jangan risau
Kak budak yang tabah dan sabar

Mak abah
Kak minta maaf
Mungkin pemintaan kak mak abah penuhi
Walaupun ia sukar
Walaupun terpaksa bekerja lebih masa
Untuk anak yang kurang mengenang jasa

Mak abah
Kak minta maaf
Kenakalan kami adik beradik
Menyebabkan abah masuk hospital
Tapi itulah kenangan pahit dan manis kami
Disebabkan terlalu gigih tak kena tempat
Jolok sarang lebah
Akhirnya membawa padah
Kononnya nak jadi hero dan heroin
Last sekali menyeksa diri

Mak abah
Doakan supaya
Kak dapat memenuhi impian mak abah
Pergi haji
Menjadi anak yang solehah

Mak abah seandainya
Kak coretkan segalanya disini
Impian mak abah
Pengalaman kak
Tak muat la jawabnya

Mak Abah
Ampunkan segala salah silap kak
Kak pun nak baiki salah silap kak

Ya Allah
Lanjutkanlah usia mak dan abah
Aku masih terlalu jauh dari mereka
 Aku masih gagal menjadi anak impian mereka
Aku masih belum mampu membahagiakan mereka
Dan aku masih belum sempat menjadi kebanggaan mereka

Ya Allah
Berikan peluang untuk aku bersama mereka
Berikan peluang
Untuk aku mengucapkan
 I LOVE YOU (*_*)
 Pada mereka dengan ucapan yang tulus
Penuh keinsafan.

Ya Allah,
Berikanlah peluang
Untuk mengucup dahi mereka
Berikan peluang kepada aku
Untuk membalas segala jasa
Pahit jenuh mereka dulu

Ya Allah
Murahkanlah rezeki ku
Untuk ku menyediakan segala kesenangan
Kemewahan kepada mereka

Ya Allah
Murahkan lah rezeki ku
Agar aku sentiasa ada lebih masa untuk bersama mereka
Berdiri dari kiri: Abg Din, Kak Fariza, Abg Arif, Abah(Wan Osman), Kak Khairunisa, Abg Firdaus, Mak(Noor Jis), Munirah, Kak Hanisah
Duduk dari kiri: Adik Hizami, Adik Asma, Adik Fakhri, Kak Mahfuzah


No comments:

Post a Comment