assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, June 21, 2012

Komunikasi Tidak Berkesan



Menurut Satir dalam Fenell, David L. & Weinhold, Barry K. (1989) terdapat empat jenis komunikasi tidak berkesan yang perlu dihindari oleh setiap individu dalam keluarga iaitu:
(Dr. Zainab Ismail, Pendekatan Komunikaasi dalam Kaunseling Keluarga)

1. Placater
Placater ialah suatu bentuk komunikasi yang menjadikan seseorang yang cuba untuk menjaga perasaan orang lain daripada merasa sedih atau kecewa menjadi seorang yang tidak berfungsi. Komunikasi placater ini berlaku apabila seseorang itu bercakap, dia bercakap seorang. Orang yang bersamanya iaitu placater hanya mendengar dan mengikut sahaja apa yang disampaikannya, tanpa memberi pendapat yang berbeza, atau menambah idea. Komunikasi placater ini berlaku mungkin disebabkan oleh orang yang menerima komunikasi tersebut tidak mempunyai maklumat atau idea untuk dikongsi bersama.

Sebagai contoh placater berkata “whatever you want is fine with me”. Realitinya dari segi perasaan, seorang placate merasa tidak berguna dan tidak berdaya untuk berubah. Dalam keluarga, lama kelamaan komunikasi placater ini akan menimbulkan suasana yang membosankan dan problematic pada orang yang cuba untuk menjaga perasaan orang lain daripada merasa sedih atau kecewa.

2. Blamer
Blamer ialah suatu bentuk komunikasi yang menjadikan seorang individu yang menuduh merasa kuat dan seorang individu yang dituduh percaya yang dirinya bersalah.

Komunikasi blamer berlaku apabila salah seorang dalam komunikasi tersebut suka mengungkit, menghina, menuduh, atau menyalahkan orang lain. Sebagai contoh seorang blamer berkata “you can’t do anything right” dan sentiasa mencari kesalahan orang lain. Realitinya dari segi perasaan, seorang blamer merasa gagal dan keseorangan. Dalam keluarga, lama kelamaan komunikasi blamer ini akan menimbulkan perasaan rendah diri, benci, bosan dan problematik pada orang yang dituduh.

3. Computer
Computer ialah suatu bentuk komunikasi yang mengutamakan logik dan menolak perasaan dalam apa-apa situasi. Komunikasi computer ini menjadikan penampilan seseorang itu kelihatan tenang, terkawal dan boleh menerima dengan apa yang berlaku pada dirinya dan ahli keluarga. Dalam situasi yang sebenar, dia bukan seorang super-natural, super-reasonable atau superintelligent, tetapi seorang computer menggunakan gayanya untuk menutup kesedihan yang dia rasai dalam kehidupannya. Dalam keluarga, lama kelamaan komunikasi computer ini akan menimbulkan perasaan ego, tertekan, rasa bersalah dan problematik.

4. Distracter
Distracter ialah suatu bentuk komunikasi yang cuba untuk menghilangkan fokus daripada isu yang penting kepada sesuatu yang tidak berkaitan. Komunikasi distracter ini berlaku apabila seseorang itu cuba mengelak daripada menjadi tumpuan kepada sesuatu isu atau masalah, tidak mahu member perhatian kepada orang lain dan tidak mempedulikan orang lain. Individu distracter kelihatan seperti orang yang tidak mempunyai pendirian tetap, tetapi dalam situasi yang sebenar, individu distracter ini merasa mereka tidak dihargai dan disayangi. Dalam konteks keluarga, lama kelamaan komunikasi distracter ini akan menjadikan seseorang itu ego, individualistik, pentingkan diri sendiri dan problematik dalam keluarga.
Komunikasi yang Berkesan

Atau
Komunikasi yang Tidak Berkesan


No comments:

Post a Comment