assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, June 23, 2012

Pergi Tidak Akan Kembali Almarhum Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor



Ingatan Kepangkuan Almarhum Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor:

(23 Jun 2002 Jam 10.30 Pagi, Ahad Di Hukm Kl).

Sudah 10 Tahun Meninggal Kita 23 Jun 2009
Selasa Bersamaan 29 Jamadil Akhir 1430.

Tanggal 23 Jun 2002 jam 10.30 pagi, Ahad, negara kita turut sedih diatas - pemergian kepangkuan Illahi dengan menghembusnya nafas terakhir Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia selepas 13 hari menjalani pembedahan, nazak dan kritikal ketika umurnya 65 tahun. “Dari Allah kita datang, kepada Allah kita Pulang”. Almarhum yang mendapat rawatan di ICU HUKM Cheras. Setelah menjalani pembedahan pintasan koronari pada 10 Jun 2002 diikuti komplikasi angin ahmar.

Almarhum dilahirkan di Kampung seberang Pumpong Alor Star pada 13 Mac 1937. Almarhum meninggalkan saorang isteri yakni sepupunya iaitu Datin Siti Khadijah Binti Ibrahim dan lapan anak putra dan putri ,iaitu Ahmad Fauwaz, Ahmad Anas, Muhammad Faiz, Aiman, Ammar, Huda, Muna ‘Izzah dan Salwa. Jenazah Almarhom Ustaz jam 11.30 dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, ketika ini ribuan rakyat telah memenuhi HUKM. Sejam kemudian 12.30 tengah hari jenazah almarhom Ustaz ke surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras. Tidak lama kemudian jenazah Ustaz diziarahi oleh kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Al Haj.

Solat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya, Subhanallah. Saya masih ingat diantara yang mengimamkan awalnya jenazah Almarhum Ustaz ialah Datuk Ustaz Hashim Yahya (ketika itu Mufti WP, lanie Pensyarah di UIA) dan putra beliau Fawwas dan diikuti oleh beberapa pemimpin yang lain. Jenazahnya turut diziarahi oleh pemimpin politik semua parti dan para menteri dan kenamaan. 


Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.










No comments:

Post a Comment