assalamu alaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, August 3, 2011

Pertemuan dan Perpisahan, Cebisan kenangan Kita



Sememangnya untuk bersatu, umat Islam mestilah kembali kepada yang satu (Allah). Walaupun kita berada di haluan dan tempat berbeza, tetapi di situlah kita akan bertemu.

Tanggal 28/07/2011, usai sudah latihan amali dan industri atau praktikal di Pejabat Agama Daerah Padang Terap. Sebenarnya, praktikal habis pada 10/07/2011, namun bagi melaksanakan misi penting, maka ku tamat lewat 2 minggu daripada rakan-rakan sekuliah UKM.
Di sinilah terukir sebuah kenangan terindah yang kini tersemat di kalbu. Selainku, terdapat juga rakan-rakan seperjuangan dari UnisZa iaitu Rashidi, Fakrurrazi, Syafa dan Thoharah dan sahabat dari Kolej Universiti Insaniah iaitu Emilia.
Tidak ku lupakan staf-staf Pejabat Agama Daerah Padang Terap iaitu Tuan Syeikh Zainul Mukhtar, Ustaz Harun, Tuan Haji Mohammad, Ustaz Roshidan, Abang Zul, Kak su,  Abang Nabil, Abang Am, Kak Na, Ustaz Mat Daud, Ustaz Khairi, Ustaz Zainol, Ustazah Hasnah, Ustazah Faizah yang melayan karenahku.
Di kesempatan ini, ku ingin meminta ampun & maaf andainya Terkasar bahasa, Tersilap bicara, Termarah yang tak kena, Tertanya tak tentu hala, Tersasul yang tak sengaja, Ter dan tak Terpukul kat mana-mana, Terpekik di telinga, Terhantuk di kepala, Terpinjam harta benda, Termoody tak semena-mena, Terumpat bila-bila dan bbaannyyaakk llaggii….Owh lupa,, malas nak angkat telefon..

"Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga. Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya. Namun cebisan kenangan kita. Sentiasa bermain di bayangan mata. Detik waktu yang berlalu. Menjadi Memori kau, aku, dia dan mereka.Biar bibirku tersenyum tetapi hati ini menangi s atas setiap perpisahan.

Sewaktu kita bersama, Saling Setia mengajar dan memberi ilmu. Tanpa mengenal erti penat dan jemu. 

Kita bersama memijak onak dan duri. Di tanah gersang demi mengutip semangat suci. Kini segalanya tersurat dalam jiwa dan sanubari.

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya. Ada rahmat yang tersembunyi. Kita Bertemu dan berpisah kerana Allah. Lumrah kehidupan insan yang beriman. Moga saat nan Indah. Kita harap kan berulang kembali lagi. 

Salam perpisahan buat semua warga Pejabat Agama Daerah Padang Terap."

Kenangan..
Persahabatan,,
Dua perkataan..
Namun ada ikatan…
Ada hubungan..

Setiap persahabatan..
Pasti melahirkan kenangan..

Suka, Duka..
Sedih, Gembira..
Simpanlah semua di hati..
Kekalkan dalam memori..

Mungkin ini perpisahan..
Tapi bukan penamat persahabatan..
Ianya sebuah permulaan..
Sebuah kisah kenangan..

Program Kokurikulum TASKA Zon I, FLM


Peserta dari TASKA Daerah Padang Terap

Kenduri Kahwin

Penyelia Agensi, Tuan Syeikh Zainul Mukhtar



Sunday, July 17, 2011

Boleh Buat Maksiat, Tapi Ada Syaratnya…….

Kata-kata ini sebenarnya dipetik di dalam buku solusi. Buku solusi adalah buku yang paling famous dalam kalangan sahabat-sahabatku. Jadi saya ambil serba sedikit di dalam buku  ini untuk berkongsi dengan anda semua . Hal ini kerana, daripada Abdullah Bin Amr radhiyallahu ta'ala 'anhu, bahawa Nabi s.a.w bersabda: 

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَة
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham.
            Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat. Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: “Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
1.      Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah itu derhaka kepada Allah.
2.      Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
3.      Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak Nampak kamu.
4.      Sekirannya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu maka katakana kepada malaikat maut untuk menangguh sedikit masa lagi umurku supaya ku sempat bertaubat. Sekirannya engkau dapat melakukan tersebut, maka dipersilakan melakukan maksiat.
5.      Sekirannya malaikat zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
      Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya. Akhirnya lelaki itu mememui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba yang soleh.


Kepada kaum adam atau kaum hawa sebelum melakukan maksiat ingatlah lima syarat


Hari ini, rata-rata kita mendengar dan melihat di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen tentang keruntuhan moral dalam kalangan remaja perempuan.Contohnya isu pembuangan bayi, terlanjur dan sebagainya. Adakah semua ini berpunca daripada cinta. Perlu diingatkan bahawa cinta bukan tiket untuk gadai maruah. Perkara ini semakin hari, semakin meningkat. Fokus kita pada hari ini bukan untuk menyalahkan remaja perempuan, kebanyakkan orang apabila timbul isu ini dan menyalahkan remaja perempuan. Dalam kes ini juga membabikan lelaki yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian wanita.
Akhirnya mereka terpaksa menanggung bebanan akibat daripada perbuatan dengan hamil anak luar nikah,  lalu di tinggalkan oleh lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab. Kaum lelaki kalau berzina 10 kali pun tidak perlu menanggung bebanan atau kesan dari segi zahir, tidak seperti perempuan, terpaksa mengandung. Walaubagaimanpun ia tetap memberi kesan kepada jiwa pada masa akan datang. Maka di sini timbullah isu buang bayi kerana si gadis itu takut pandangan masyarakat terhadapnya, apatah lagi tanggapan keluarga dan saudara lain-lain.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Janganlah kamu membunuh anakmu lantaran takut kelaparan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu, sesungguhnya membunuh itu satu dosa besar,
Dalam ayat ini mengambarkan pengharaman buang anak ataupun membunuh. Dalam ayat ini juga menitikberatkan mencegah lebih baik daripada merawat.
Sebelum menyalahkan perempuan 100%,  jom kita lihat seperti mana yang kita sedia maklum bahawa sifat perempuan dari segi fizikal dan jiwa berbeza dengan lelaki. Antara sifat perempuan yang dipergunakan oleh lelaki adalah kelemahan dan kelembutan fizikal.
Seorang perempuan yang setia terhadap cinta dan mudah percaya kepada lelaki menyebabkan mereka mudah terpedaya. 
Oleh itu, untuk menghadapi dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab ini, dengan menutup aurat. Secara tidak langsung mengingatkan kepada lelaki bahawa wanita baik sukar digoda.


 Ingat!!! tutup aurat bukan bungkus aurat(^_^)




Saturday, July 9, 2011

Bukan Sekadar Berzat Tetapi...............

Dewasa ini, acap kali terpampang di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen tentang makanan dan masalah obesiti yang dihadapi oleh kanak-kanak di sekolah. Telah dikatakan bahawa makanan di sekolah menyumbang kepada obesiti dalam kalangan pelajar.
            Namun begitu, kerajaan telah mengambil insiantif dengan menghadkan kepada makanan tertentu sahaja yang boleh di jual di kantin sekolah, dengan harapan kanak-kanak sekolah tidak terdedah dengan bahaya pengambilan makanan yang kurang berzat dan menggemukkan.
            Di sini, timbullah persoalan sama ada, adakah hanya masalah obesiti atau kurang khasiat yang dirisaukan oleh ibu bapa? Sebenarnya terdapat satu perkara yang penting harus dirisaukan iaitu status halal makanan itu. Hal ini kerana, setiap makanan yang dimakan oleh kanak-kanak tersebut akan menjadi darah daging mereka. Berdasarkan firman Allah, Surah al-Baqarah “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa-apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik (Tayyib), dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”.
            Makanan yang halal haruslah bersih di sudut syariat. Contohnya ayam disembelih tetapi cara membasuh dan dibersihnya tidak mengikut syariat. Begitu juga dengan penjual dan pembuat makanan tersebut mestilah orang yang beragama Islam.
            Islam tidak hanya melihat dari segi zahir sahaja, tetapi dari segi sumber pendapatan atau wang yang diperolehi oleh ibu bapa setiap bulan juga harus dilihat. Wang itulah kelak akan dibelanjakan untuk membeli segala urusan rumah tangga termasuklah makanan. Maksud halal yang dibawa disini ialah, pendapatan ibu bapa tidak bercampur dengan unsur yang haram. Misalnya pendapatan bukan dari hasil rasuah, menipu atas mengambil hak orang lain.
            Ibu bapa yang bekerja perlu amanah dalam kerjaya mereka. Jauhi budaya “curi tulang” ketika bekerja dengan berbual kosong ataupun melayari internit tanpa tujuan. Hal ini kerana hasil pendapatan itu mengandungi syubhah. Bagaimana jika makanan yang diberikan itu tidak halal dari segi syarak?.
            Kesan dari makanan tersebut, jika sumber itu halal, maka halal itu membantu anak-anak tetap dalam membuat makruf dan meninggalkan kemungkaran. Sebaliknya, doa juga menjadi penghalang apabila memakan harta dan makanan tidak halal. Inilah antara penyebab doa tidak diterima oleh Allah.
            Moralnya pada hari ini, seringkali kita mendengar keluhan dari ibu bapa tentang tingkah laku anak-anak yang degil dan tidak dengar cakap “bak kata tidak makan saman”, cepat panas baran dan sebagainya. Mungkin ini salah satu sebabnya kerana makanan yang disediakan tidak halal dan tidak baik.
             Disini ku teringat pesanan ibuku kepadaku bahawa sesunggunya sebelum memulakan dengan sesuatu masakkan mestilah dimulai dengan basmalah, tetapi bukan hanya terhad kepada masakkan sahaja tetapi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan untuk memperolehi keberkatan dalam kehidupan. 

Friday, April 22, 2011

Perempuan seksi, racun dunia..

 Pada  Semester II 2009/2010. Kami para pelajar Kursus Ko-kurikulum Badminton II HHHS1203 (Set 1) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM mengadakan pertandingan Kejohanan Badminton Antara Pasukan adalah satu acara simulasi. 
Badminton, badminton.. Inilah subjek yang ambil semasa tahun satu..Entahla..Kenapa permain badminton kebanyakkan adalah bangsa cina? kenapa pilih subjek ini?Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. 
Tuan Muhid adalah jurulatih kami.Walaupun asyik kena complaint, tapi dalam semua pelatih sayalah paling rapat..hahaha


Jurulatih : "wan cuba kamu pukul shuttle tu kuat sikit, macam tak makan nasi ja!!!
Wan :Sir, wan dah habis tenaga pukul shuttle nie tetapi shuttle still tak nak pergi jauh..ha3
Jurulatih : saya tengok raket bukan main mahal tapi pukul shuttle..erggg..
Wan :  eh,eh, raket kesayangan wan pulak yang dipersalahkan..
Jurulatih : habis tu, macam mana dengan kejohanan badminton antara pasukan nanti.
Wan : baikkkk sir, wan akan usahakanya


Erm, nak buat macam mana, badminton kena main dua orang, bila ajak kawan semua tak nak main, tak kan la nak main dengan monyet kolej Burhanuddin Helmi..(^_^)
P/s: nak berlawan dengan wakil negeri tpi.....wakil kelas pon tak lepas, apatah lagi wakil negeri..dulu dekat sekolah mana ada main macam nie..perempuan main boling kelapa, air dalam botol ja, badminton jauh sekali
..
sir, walaupun tak berapa pandai praktikal tapi boleh la dalam ilmu teori
Selepas menjalani latihan Badminton, jom kita pi makan dekat Bangi.
Semasa makan, ada seorang kawan non-muslim tanya:


Non-muslim : wan sebab apa orang Islam pakai tudung dalam rumah, tak ke susah? bukan pakai dekat luar rumah ke?


wan :0wh, mybe dalam rumah tu ada abang ipar dia ataupun orang yang boleh berkahwin dengannya.(abang ipar....) sebenarnya memang Islam mewajibkan perempuan menutup aurat sebab dapat mengelak  gangguan daripada golongan yang ada niat jahat terhadap kita, menjaga kerhormatan diri dan terhindar daripada fitnah. 


Non-Muslim : 0oo, habis tu. Apa pandangan orang Islam terhadap orang yang tidak tutup aurat..


wan : Adoii, perkara yang perlu dikeji bukan kepada agamanya, tetapi kepada perbuatanya..Dia tak nak ikut perintah Allah...Majoriti mereka yang tidak tutup aurat inilah yang menyebabkan timbulnya isu kena rogol, buang anak dan sebagainya..


Inilah kali pertama jejak kaki di UKM orang tanya soalan..terketaq-ketaq menjawabnya..satu-satunya wakil Fakulti Pengajian Islam yang ambil badminton..Macam mana la, bila keluar nanti..

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Oleh itu, kawan-kawan..kalau orang tanya soalan inilah jawapan yang perlu diberi apabila tegur tentang aurat :

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat apa, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."
Pakai tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju ketat tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
3) "Suka-suka hati ja nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat  pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama ja macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...
.

Thursday, March 17, 2011

Adakah Amanah Itu Membebankan??

Pesananku buat diriku dan sahabatku yang telah ditaklif untuk memikul amanah ini. Pada tanggal 15 Mac 2011..Persatuan Kebajikan Mahasiswa Negeri Kedah.

  1. Berilmu dan bertakwa,
  2. Amanah dan bertanggungjawab,
  3. Adil dan tegas,
  4. Sentiasa bertimbang rasa,
  5. Mengutamakan kepentingan umum terlebih dahulu daripada kepentingan diri sendiri,
  6. Hidup amat sederhana dan tidak bermewah-mewah,
  7. Mengamalkan dan menghargai pendapat serta teguran orang-orang bawahan.


kerana engkaulah pewaris bangsa. (Hilal Asyraf)

Sunday, January 16, 2011

Sinergi

'Jadilah kawan yang hadirnya di nanti dan perginya dirindui kerana mencari kawan yang setia dan jujur ibarat mencari permata di sebalik timbunan kaca'.
Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tidak selalu bahagia.
Sedekahkan sebuah senyuman walaupun hatimu tidak lagi dapat bertahan belajarlah memaafkan walaupun dirimu terluka . 
Berhentilah memberi alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran .
Hiduplah dalam iman walaupun hari dipenuhi dugaan. berpeganglah kepada Allah walaupun Dia tidak kelihatan.



Tiada siapa yang tahu dan pasti apa yang akan terjadi pada diri kita dalam hitungan detik ,minit ,jam ,hari ,bulan ,bahkan tahun ...

kita hanya perlu merangkai kekusutan tali kehidupan kita menjadi selebar benang tersusun kemas pada gulungannya kerana ia seringkali terserak di mana - mana dalam langkah gerak kehidupan kita

ia terselubung dalam usia yang terjadi pilihan kita
kepandaian kita merangkai sabar serta mimpi agar tidak terkusut berada dalam keadaan baik tanpa pernah berhenti berharap padaNya,
tanpa pernah berhenti melangkah untuk berusaha,
tanpa pernah berhenti mencuba berdiri kembali saat terjatuh dan terjatuh lagi...

Kerana masa tak akan mampu diundurkan kembali...
kerana pilihan kita hanya satu melangkah maju atau terhenti kerana tersimpul mati...
dan sebuku benang itu akan tersusun tepat pada tempatnya,tanpa kusut,
tanpa terputus dan semuanya elok dan indah pada waktunya...
Allah tak akan pernah mengingkari janji....
Allah tak pernah salah memberi....
apa yang diberi tak akan pernah melebihi kemampuan kita sebagai penerima rezeki sesuai kadar kesabaran serta usaha diri...